Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

M E N D E K A !!!

25 Ogos, 2011

Panas!! Kita Kena Tipu Lagi...

Setelah perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di dalam negara kita ini, rakyat kita telah mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa bertaraf parlimen tersebut dengan harapan agar sistem dan perlaksanaan pilihanraya di negara kita dapat dirombak dan diperbaharui dengan segera bagi menampakkan ciri-ciri keadilan dan kesaksamaan. 
 
Harapan seterusnya oleh kita adalah struktur jawatankuasa pilihan parlimen bagi pembaharuan dalam sistem pilihanraya tersebut akan juga terdiri daripada wakil-wakil daripada semua pihak baik kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat berserta dengan ahli-ahli parlimen bebas dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan misalannya Fomca, Suaram, Aliran, Manfrel, Bersih 2.0.

Selain daripada itu, rakyat juga berharapan tinggi agar wakil Majlis Peguam juga dapat dilantik ke jawatankuasa tersebut bagi membantu dari segi perundangan dan perlembagaan.

Malangnya

Akan tetapi, adalah amat berdukacita sekali apabila kerajaan pusat BN mengumumkan struktur jawatankuasa pilihan parlimen tersebut yang hanya akan mengandungi sembilan orang ahli parlimen, di mana pihak BN akan mempunyai lima orang ahli, manakala Pakatan Rakyat akan mengandungi tiga orang ahli parlimen dan pihak Bebas akan mendapat satu tempat.

NGO yang berkepentingan di dalam perkara tersebut seperti Fomca, Suaram, Aliran, Manfrel, Bersih 2.0 kesemuanya telah diketepikan. Turut dinafikan adalah Majlis Peguam yang sangat disanjungi rakyat selama ini kerana sanggup mempertahankan kedaulatan undang-undang negara. Alasan BN untuk mengetepikan beberapa NGO ini dan Majlis Peguam adalah kerana mereka ini bukannya daripada kalangan kumpulan politik yang berkaitan.

Tidak Bertanggungjawab kepada Parlimen

Selain daripada itu, menteri di jabatan perdana menteri Nazri Aziz turut mengumumkan bahawa jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihanraya itu sebenarnya bukan bertanggungjawab terus kepada parlimen tetapi kepada kerajaan pusat BN melalui jabatan perdana menteri. Jadi apakah maksud jawatankuasa tersebut mempunyai taraf parlimen sedangkan ia tidak dapat bertanggungjawab terus kepada parlimen?

BN permainkan kita

Yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah kenyataan Najib baru-baru ini yang rata-rata menegaskan bahawa jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihanraya tersebut tidak akan dapat menamatkan tugas-tugasnya sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti dan ianya akan terus berfungsi sekalipun sekiranya parlimen telah dibubarkan.

Nyata-nyata di harapan mata kita semua, kerajaan pusat BN pimpinan Najib sekali lagi telah mempermainkan rakyat jelata dengan pelbagai karenah dan helah yang kononnya sedang “memberikan harapan besar” kepada negara kita ini yang akhirnya didapati hanyalah satu harapan kosong. Kita jelas telah ditipu oleh BN.

Lebih menyedihkan kita lagi adalah pengumuman kerajaan pusat BN yang seterusnya yang mengatakan bahawa mereka tidak akan melayan kebanyakan tuntutan keadilan dan kesaksamaan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0 kerana gerakan tersebut adalah merupakan “pertubuhan haram”.
Nampaknya, kerajaan pusat BN sejak dari awal lagi telah mempunyai niat untuk memperdayakan kita semua dengan pelbagai helah dan tipu muslihat agar mereka dapat berkuasa lebih lama lagi. Bukan sahaja Pakatan Rakyat, para NGO, malah seluruh rakyat jelatan nyata telah tertipu dengan janji-janji manis BN yang tidak berprinsip ini./mc

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.