Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA LEWAT JUMPA SULTAN ?

Bekas KP Ikim: MB harus hadap segera Sultan selesai isu Jais-gereja

August 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (gambar) tidak sewajarnya dijadikan isu politik, sebaliknya perlu diselesaikan “secara sulit” dengan semua pihak terlibat perlu ikhlas mencari penyelesaian, kata bekas ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya menghadap segera Sultan Selangor dan baginda “sebagai ketua agama Islam negeri haruslah mengeluarkan titahnya dalam hal ini.”

Menurut Ismail, isu pokok sekarang ialah apa yang berlaku dalam gereja tersebut yang mewajarkan Jais masuk dan menemu bual hadirin kalangan Muslim.

“Apakah penemuan sebenarnya oleh Jais dalam insiden ini dan apakah tindakan Jais memasuki gereja tersebut dibenarkan oleh sebarang enakmen atau peruntukan undang-undang pentadbiran agama Islam negeri atau tidak?

“Isu inilah yang seharusnya diselesaikan dengan segera. Laporan Jais mestilah merupakan laporan sulit dan pihak gereja tersebut haruslah diberikan kesempatan untuk menjelaskan isu tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan laporan media, Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibah anjuran di gereja itu Rabu lalu, menyebabkan tindakan tersebut mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Sementara beberapa pertubuhan menyokong tindakan Jais, langkah agensi itu juga berhadapan dengan kritikan pemimpin politik dan bukan politik.

Khalid telah meminta semua pihak khususnya barisan Exconya tidak membuat sebarang kenyataan sementara laporan Jais disediakan dan beliau juga berhasrat menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam mempertahankan tindakan Jais yang menyerbu gereja itu yang terletak dekat Petaling Jaya.
Mengulas lanjut isu ini, Ismail yang juga bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia berkata, kesemua perkara tersebut harus dilakukan secara sulit antara pihak Istana, Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama serta Menteri Besar sendiri.

“Perinciannya tidaklah seharusnya dihebahkan kerana hal ini hanya boleh menimbulkan polemik yang tidak sihat. Pihak awam hanya ingin mendengar bahawa kes ini adalah kes kepentingan awam yang telah dapat diselesaikan dengan baik.

“Yang pentingnya semua pihak hendaklah jujur dan ikhlas dalam menyelesaikan isu ini, menerusi perbincangan, musyawarah dan dialog yang baik berdasarkan tradisi dan budaya hidup rakyat Malaysia selama ini. Hanya melalui tindakan itu sahaja, isu ini dapat ditutup dengan baik,” kata penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

“Saya beranggapan bahawa isu Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ini amat sensitif dan tidak wajar menjadi isu politik. Isu ini melibatkan isu agama, dan Sultan sebagai ketua agama Islam Negeri haruslah mengeluarkan titahnya dalam hal ini,” kata Ismail lagi.

Ismail yang pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia ke Arab Saudi berkata, kerajaan negeri Selangor perlu segera mengambil tindakan menghadap Sultan sebelum isu ini menjadi lebih berpanjangan, yang boleh menimbulkan keresahan dan mengundang banyak spekulasi tidak sihat.

“Eloklah Menteri Besar Selangor sendiri ketika membuat kenyataan tentang isu ini tempoh hari telah menyatakan bahawa beliau akan mendapatkan laporan lengkap dari Jais dan akan menghadap Sultan Selangor,” katanya lagi.

Ismail berkata isu yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali dengan PAS telah dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat dua hari lalu.

“Dan, isu itu adalah isu politik dalaman yang seharusnya diselesaikan oleh PAS sendiri. Isu pertikaian antara Jais dan gereja adalah merupakan isu agama Islam di negeri Selangor, dan PAS bukanlah merupakan pihak yang seharusnya menyelesaikan isu ini, malahan pihak Istana dan kerajaan ngeri Selangor yang seharusnnya menangani isu ini dengan kerjasama Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.