Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB TAK PANDAI DAN BODOH SOMBONG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEittOu07ZACA_-FsOSJWgDRY85s9v12MBOHxFWwSjvX0jajYkaTzDLEJ9rHN5hbxPmF21i77rnuQU5YFc5VYuGcRowVTwCJ80ltbT50RCbjlN7HcZkljhmJfUQDLFTLfW8faOITP4RfAzs/s1600/najib.jpg

Najib sendiri sudah maklum bahawa dia memang banyak musuh politik, dia tahu bahawa musuh nombor satunya adalah dikalangan sesama ahli didalam UMNO dan mungkin juga Rosmah faham tentang kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang tidak kokoh dan goyang namun mereka tidak berusha memperbaikkinya

Disekeliling Najib sebenarnya ramai dikalangan ahli yang bukan dari penyokong setianya, mungkin mereka adalah orang-orang musuh kepada Najib dan merekalah yang mencatur-catur serta merancang supaya nama Dato Najib terus di cemar supaya kewibawaannya sebagai PM terjejas, demikian juga dengan peristiwa Bersih tempuh hari sehinggakan namanya terjejas teruk dimata rakyat

Musuh Najib bukan dari pimpinan kalangan parti pembangkang kerana apabila BN memerintah maka apa yang dapat dilakukan oleh parti pembangkang untuk menjatuhkan Najib ? Tentunya sukar namun yang dapat menjatuhkan Najib ialah dari kalangan orang UMNO sendiri yang sedang menghasut ahli-ahlinya supaya ahli hilang kepercayaan terhadap Najib

Kedudukan Najib sebagai PM dan Presiden UMNO agak goyang, wibawanya didalam memegang jawatan tersebut sudah terhakis sebanyak lebih 30 % dan 30 % lagi akan terhakis apabila pegawai-pegawai kerajaan yang pada peringkat awalnya menyokong kemudian berpaling kepada berkecuali dan terus membelakangkan pada akhirnya

Butang amaran untuk menjatuhkan Najib sedang dijaga rapi oleh musuh-musuhnya atas arahan orang-oarang tertentu yang mahukan jawatan dan kedudukan Najib diserahkan kepadanya secara terhormat kononnya, namun yang gilakan jawatan tersebut macam tidak berminat langsung terhadap jawatan yang disandang oleh Najib,.......... berlakon terus nampaknya orang yang gila jawatan yang disandang oleh Najib ini, macam tak ada apa-apa yang terjadi didalam niat jahatnya

Suasana politik yang ada masa ini siapakah yang diharapkan oleh Najib ? Timbalan Presiden ? Naib-naib Presiden ? Ketua Pemuda ? Ketua Wanita UMNO ? Putera UMNO ? mereka semua ini bukan orang Dato Najib tapi telah dimiliki oleh seseorang, yang dapat diharapkan sedikitpun adalah Dato Hisyamuddin, itupun sudah terlatah dengan peristiwa Bersih yang menyebabkan tindakannya mencemarkan Najib sudahnya

Ramai juga berpandangan bahawa musuh yang paling hampir pada Najib ada didalam rumah Najib sendiri yang menyebabkan ramai ahli UMNO yang memakan hati berulam jantung namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana atas nama kuasa masih berada ditangan Najib sekalipun kuasa tersebut hanya menunggu pudar sendiri ditelan masa dan tergugurlah dia

Dato Najib tidak nampak semua ini kerana dia telah dilindungi kata-kata setia dari mulut orang yang berada disekelilingnya, lalu dia bersifat konfiden dengan orang disekelilingnya kemudian dia akan senyum sinis atau dia akan senyum melebar, kadangkala senyum melebarnya itulah selalu diketawakan didalam hati oleh orang disekelilingnya sendiri

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.