Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI PARA PEMIMPIN NEGARA TELAH MURTAD, MENGAPA DIAM !

SEPATUTNYA MURTAD JANGAN DILIHAT APABILA DIKAITKAN DENGAN AGAMA LAIN SAHAJA AKAN TETAPI KEPADA PENGUASA AGAMA JUGA PERLU DI TEGASKAN  CIRI-CIRI MURTAD DAN PERLU JUGA DILIHAT HUKUM-HUKUM YANG TERDAPAT DIMAHKAMAH YANG BERNAMA SYARI'AH. PARA MUFTI ADA BERANIKAH SAUND SAMA SULTAN ? Pak Karamu

Murtad juga berlaku akibat daripada Menolak Hukum Allah


ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 25 Ogos 2011 - Masyarakat Islam perlu dijelaskan mengenai murtad yang tidak hanya melibatkan pertukaran daripada agama Islam kepada agama lain semata-mata.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa murtad juga berlaku akibat daripada menolak hukum dan undang-undang Allah SWT.
Jelasnya lagi, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang Islam murtad.

Justeru, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, masyarakat Islam tidak seharusnya melihat jenayah murtad itu dalam skop yang sempit seperti menganut Kristian sahaja.

“Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain,” jelasnya semasa menyampaikan tazkirah di ibu pejabat Harakah di sini, pagi ini.


Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah gejala murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang.


"Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan," ujarnya.


Justeru, katanya proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan masyarakat Islam.


Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu.


Ini, ujarnya agar mereka memahami murtad itu dalam skop yang sebenar.


"Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit," ujarnya.


Begitu juga, katanya ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah Taala.


"Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram," ujarnya.


Sumber harakahdaily :
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5102-murtad-bukan-masuk-kristian-sahaja
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.