Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Alahi tak tahu PATI dalam kainnya

PATI: Nampaknya Hisham tidak tahu apa berlaku, dakwa MP PAS

September 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Sept — PAS menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kerana gagal mengesan lebih 1.3 juta pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini selepas mengambil alih portfolio itu.

Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, statistik lambakan PATI hanya diperoleh selepas Program 6P baru-baru ini membuktikan Hishammuddin “tidur” dan tidak tahu apa yang berlaku.

“Lebih 1.3 juta pendatang tanpa izin dalam negara, mereka bukan sahaja bekerja, malah ada yang telah menjadi majikan dan mereka juga tidak bekerja dalam bidang yang dihadkan selain ada juga yang berniaga.

“Persoalannya apa yang menteri dalam negeri lakukan dalam tempoh ini? Saya ingin tahu apa yang beliau buat sehingga ada 1.3 juta pendatang tanpa izin dalam negara,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Melalui pelaksanaan Program 6P seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan PATI telah didaftarkan setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lalu.
Jumlah itu meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 PATI.

Kelmarin Hishammuddin mengesahkan terdapat PATI yang mendaftar dalam Program 6P, bekerja sendiri malah sesetengahnya telah menjadi majikan di negara ini.

Beliau berkata, walaupun senario tersebut telah dikesan lama berlaku, namun ia sukar ditangani disebabkan pelbagai faktor.

Antaranya, kata beliau, ia berpunca daripada isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti warga asing.

Menurut Dzulkefly, Hishammuddin harus bertanggungjawab dalam perkara itu dan mencari jalan penyelesaikan kerana banyak masalah lain akan timbul sekiranya ia berterusan berlaku.

“Perkara ini adalah di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri bukan Kementerian Sumber Manusia, rakyat akan menilai perkara ini. Hishammuddin tidak tahu apa yang sedang berlaku dan Hishammuddin perlu bertanggungjawab akan perkara ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.