Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGAIMANA JIKA MEREKA INI PERNAH MEMENANGKAN CALON BN ?




Sekelip mata JPN, SPR padamkan kesalahan daftar pemilih
Posted on Wednesday, September 14 @ 10:00:00 PDT by paktam

Oleh SALMIYAH HARUn
 
KUALA LUMPUR: PAS kesal, banyak bukti-bukti penyelewengan daftar pemilih didedahkan tetapi dalam sekelip mata SPR dan JPN akan memadam dan membetulkan semula fakta dengan alasan kesalahan teknikal.

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mendedahkan pelbagai kes termasuk kes Mismah yang boleh bertukar status kewarganegara dalam tempoh satu jam setengah, Kg Baru menjadi pengundi, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, ‘double voting’, undi pos dan beberapa kes lain

 Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, cabaran SPr terhadap PAS untuk memberi bukti atas dakwaan, tetapi apabila bukti itu dikemukakan SPR pula dengan senang bertindak memadam nama yang didedahkan itu.


“Apa yang didedahkan perlu disiasat, masalahnya SPR selalu kata kita kena bawa bukti apa yang kita dakwa, selepas bagi bukti itu SPR boleh padam nama yang kita dedahkan dalam waktu itu juga,” katanya.

Tegasnya, SPR seharusnya menyemak daftar pemilih dan tidak seharusnya berlaku kesilapan sebagaimana yang didedahkan walaupun ia membabitkan segelintir nama.

“Sepatutnya SPR kena ‘review’ betul-betul. SPR tidak boleh kata ia tersilap walaupun ia membabitkan segelintir. Ini perlu diambil serius. Bila kita lapor sahaja, SPR boleh ‘delete’ nama,” katanya 

. Tegasnya, apa yang PAS mahu SPR seharusnya menyemak secara menyeluruh kerana ia membabitkan kedaulatan negara ini apabila membabitkan orang asing untuk masa depan negara.

Beliau turut menyalahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana timbulnya masalah ini malangnya apabila perkara ini dipersoalkan KDN tidak memberi sebarang respons.

Oleh itu, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat akan bersemuka dengan JPN, SPR dan KDN supaya namanama itu dibersihkann secara menyeluruh.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Sany Hamzan kecewa dengan sikap membisu kerajaan dalam siri pendedahan yang dibuat mereka.

Katanya, PAS mendesak kerajaan menubuhkan s u r u h a n j a y a b a g i menyelesaikan masalah ini kerana ia melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Isu ini adalah isu besar. Dalam kes Mismah kita telah hantar memo ke peringkat PM, namun kita tidak pernah dengar pun satu respons dan kenyataan jelas daripada PM berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau tidak menafikan, apa yang berlaku ini merupakan taktik Umno-BN bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya akan datang.

Dengan menggunakan taktik kotor ini, Sany berkata, Umno-BN sudah ketandusan strategi bagi mendapatkan sokongan rakyat memandangkan Himpunan Bersih 2.0 telah memberi tamparan hebat kepada mereka apabila anak muda dari semua kaum turut bersama dalam himpunan itu.

Justeru, jelasnya jika Umno BN mengatakan sistem pilihan raya negara ini telus PAS mendesak kerajaan menjemput pemerhati dari luar negara untuk mengikuti perjalanan pilihan raya negara ini.

Terdahulu, Pemuda PAS Pusat mendedahkan status penduduk sementara pula disahkan boleh mengundi dalam negara ini.

Pengundi bernama Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengundi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.

Bukti kedua bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

B u k t i k e t i g a p u l a melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.