Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bahasa melayu tak ada standard, walaupun sudah merdeka setengah abad

 Tali barut penjajah memang suka bahasa penjajah

Mahathir: Pendukung PPSMI nasionalis sebenar negara

September 21, 2011
 
TANJUNG MALIM, 21 Sept — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pihak yang menyokong dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai “nasionalis sebenar” kerana ingin melihat Malaysia sentiasa seiring dengan kemajuan dunia.

Dasar itu diperkenalkan ketika era Dr Mahathir pada 2003, tetapi Putrajaya pada 8 Julai 2009 mengumumkan ia akan dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun depan.

Dr Mahathir (gambar) berkata kebanyakan kertas kerja berkaitan dengan penemuan dalam bidang sains dan teknologi terdapat dalam Bahasa Inggeris, dan oleh itu memberi amaran rakyat Malaysia akan ketinggalan jika mereka tidak menguasai bahasa antarabangsa.

“Ia bukan soal kurangnya sifat nasionalisme,” kata beliau berkenaan isu PPSMI selepas syarahan eksekutif di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

“Sebenarnya mereka adalah nasionalis yang sebenar sebab mahu menerokai lebih banyak ilmu, bukan hanya setakat bercakap dalam Bahasa Malaysia,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, penguasaan Bahasa Inggeris akan membolehkan rakyat Malaysia mengikuti perkembangan mutakhir tanpa perlu bahan-bahan diikuti diterjemahkan.

Sambil menekankan beliau sendiri pernah menulis mengenai kepentingan Bahasa Malaysia pada 1948, sebelum pihak yang anti-PPSMI lahir, Dr Mahathir menambah, dirinya juga mencintai bahasa itu, tetapi Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang wajib bagi Malaysia untuk menuju kemajuan lebih besar.

Pada Jumaat lalu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) meminta kerajaan supaya tidak tunduk kepada golongan yang masih mempertikaikan keputusan memansuhkan pelaksanaan PPSMI mulai tahun depan.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata menukar keputusan dan tunduk kepada desakan golongan yang kurang arif tentang soal bahasa dan implikasinya kepada negara akan mengakibatkan kredibiliti kerajaan dipersoalkan oleh rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan hendaklah dengan tegas menolak saranan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya PPSMI diteruskan berikutan dakwaan kajiannya dikatakan menunjukkan lebih 54 peratus responden dari 33 buah sekolah di seluruh negara menyokong PPSMI dikekalkan,” katanya.

Mapim berpendirian bahawa keputusan untuk meneruskan PPSMI tidak boleh bersandar kepada penemuan JMM kerana perbahasan ilmiah daripada golongan ahli ilmuan dan pakar bahasa berjaya melihat secara mendalam kesan PPSMI ke atas pelajar Melayu terutama di kawasan luar bandar.

Malah katanya, implikasi budaya dan jati diri bangsa sudah dibahas secara mendalam sebagai akibat pelaksanaan PPSMI.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi juga berkata, kajian JMM yang menunjukkan 50 peratus ibu bapa mahukan kaedah PPSMI tidak tepat kerana ia dilakukan secara tidak komprehensif.

Katanya, kajian terbabit dilakukan tanpa mengambil kira pelbagai aspek, dan hanya bergantung sama ada ibu bapa bersetuju terhadap PPSMI.

Pertubuhan bukan kerajaan Parent Action Group for Education juga mahu semua sekolah kebangsaan diberi pilihan untuk meneruskan PPSMI.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.