Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH NYANYUK TAK ?




22/09/11


Isu Hudud : Mahathir Sudah Lupa? - PAS



KUALA LUMPUR 22 SEPT : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hukum Hudud sebagai satu cubaan untuk mengganggu-gugat gagasan Pakatan Rakyat.


Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa perdana menteri keempat itu sengaja merancang perkara tersebut bagi memporak perandakan PAS sekaligus melemahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu hukum Hudud yang menjadi perjuangan PAS selama ini menjelang pilihan raya umum ke-13.

“PAS semasa mengambil alih Kelantan pada 1990 mahu melaksanakan hukum Hudud tetapi Tun Mahathir telah menulis dan memberi amaran keras kepada Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) supaya tidak laksanakan hukum Hudud tapi sekarang bila sudah tidak jadi perdana menteri beliau cabar Tok Guru laksanakan.

“Mengapa Tun Mahathir mengangkat isu ini di masa suasana pilihan raya umum ke-13 dan jelas ia berniat jahat bagi orang yang berfikiran waras. Kita percaya ia sengaja ditimbulkan untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini.

Kelantan setelah mengambil alih pentadbiran negeri itu berhasrat untuk melaksanakan hukum Hudud tetapi tersekat disebabkan halangan kerajaan pusat yang menggunakan alasan perspektif perundangan.

Semalam Dr Mahathir mencabar Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan melaksanakan hukum Hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang selama ini ditentang beliau habis-habisan semasa mentadbir negara.

Dalam respons di laman sosial Facebook pagi ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir untuk menghalang pelaksanaan hukum Hudud dan membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika Umno benar-benar Umno berjuang untuk agama.

Dzulkefly turut meyindir kata-kata keramat Mahathir "Melayu mudah lupa" kini layak diungkapkan kepada dirinya sendiri kerana tindakan pelaksanaan Hudud pernah ditentang beliau satu ketika dahulu.

Tambah Dzulkefly, PAS kini matang dengan amalan berbincang dalam gagasan Pakatan Rakyat bagi mendapat keputusan yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Tun Mahathir silap kerana kemukakan cabaran pada hari ini, beliau ingat PAS sama seperti dulu... PAS tidak akan tersilap dan kita yakin rakyat tidak akan takut kepada undang-undang Islam kerana ia membawa kebaikan.

“Yang perlu takut adalah mereka yang bersalah, perompak dan pencuri yang merompak harta rakyat, mereka ini yang takut, kita ingatkan Tun Mahathir agar jangan melampau dalam perkara yang beliau sendiri larang kerana ia akan mendedahkan pekung di dada sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menjelaskan bahawa PAS yang kini bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu dan akan bertindak dengan matang dan bijaksana selain menyifatkan bahawa congakan dan pencaturan Mahathir tidak mengena.

“Saya nak tegaskan kepada Tun Mahathir dan Umno bahawa PAS dengan semangat muafakat politik Pakatan Rakyat, PAS sebagai sebuah parti Islam juga merupakan
parti yang demokratik, sah di sudut undang-undang dan kita akan mengambil kaedah demokrasi dan tidak akan membenarkan Islam dipaksa khususnya hukum jenayah syariah seperti mana yang ditakutkan dan dimomokkan musuh-musuh Islam,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.