Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANGPA JANGAN JADI BANGANG ! TELITI DULU BARU BERCAKAP, TAK TAU LA JIKA JOIN TENTERA PAKAI CAP JARI JE !

PAK KARAMUPUN BEKAS PEGAWAI TENTERA JUGA, BUKAN SAJA PELURU BERTERBANGAN ATAS KEPALA MALAH SELURUH BADAN DAN TERLIBAT SECARA LANGSUNG PERISTIWA 13 MAY, TAPI SAYA SOKONG MAT SABU SEBAB KENYATAANNYA BERDASARKAN SEBELUM MERDEKA, JIKA LEPAS MERDEKA PAK KARAMU LETUB KEPALA MAT SABU, HANGPA BEKAS TENTERA DAN POLIS FAHAM TAK APA YANG MAT SABU SEBUT ?

 Baris, Pekida, pesara tentera bantah Mat Sabu

06/09/2011 3:42pm

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Dua pertubuhan bukan kerajaan dan seorang pesara tentera masing-masing membuat laporan polis membantah keras kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menidakkan sejarah pengorbanan polis dan tentera menentang keganasan komunis.

Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (Baris) dan Pertubuhan Kebajikan dan dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) membuat laporan polis di ibu negara manakala Wan Din Wan Mamat, 51, turut berbuat demikian di Tumpat, Kelantan. 

Pengerusi Pekida, Datuk Roslan Dahaman berkata, kenyataan pemimpin Pas itu mengguriskan hati dan perasaan rakyat Malaysia, terutama anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang telah terkorban semasa mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

"Dia (Mohamad Sabu) perlu bertanggungjawab dan meminta maaf atas kenyataannya yang telah memutar-belitkan fakta sejarah mengenai perjuangan anggota keselamatan dalam menentang kekejaman komunis di negara ini,” katanya.

Presiden Baris, Nordin Hassan menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap Mohamad Sabu, kerana menurutnya, kenyataan seperti itu memberi implikasi buruk kepada rakyat dan negara.

Di Tumpat, Wan Din berkata, sebagai pesara tentera yang pernah bertempur dengan komunis, beliau amat kesal dengan kenyataan itu dan menganggap PAS telah mempertikaikan sejarah untuk kepentingan politik. 

"Saya pernah alami pertempuran dengan komunis, peluru bertaburan di atas kepala, macam mana boleh anggap dia (komunis) sebagai hero,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Tumpat hari ini. 

"Dia tidak tahu perkara sebenar dan cuba menonjolkan diri sebagai hero. Sejarah telah menetapkan perkara itu, dia cuba mempertikaikan fakta sejarah yang semua orang tahu,” katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.