Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAWAN DENGAN UMNO LAGILAH UNTUNG DAPAT PROJEK !

Inilah Akibat Bila Berkawan Dengan Pas, PKR

"Islam yang saya minati dari kecilakhirnya menjadi pedoman untuk saya meneruskan langkah menuju jalan yang diredai", ujar Cheryl Chew atau nama Islamnya Huda Chew, 42.

Ketua wanita Keadilan Cabang Bukit Gelugor itu baru sahaja memeluk Islam setelah meyakini Islam mampu memandunyakejalan yang diberkati Allah SWT. Beliau mengakui terpaut hati pada ajaran Islam sejak kecil apabila tinggal berhampiran Masjid Pulau Pinang. Bagaimana pun kerana hormat dan ingin menjaga hati ibu bapa, hasratnya untuk memeluk Islam dipendamkan buat sementara waktu. Minatnya untuk memeluk Islam bertunas kembali setelah mendapat ramai sahabat dikalangan penganut Islam.

Menurut beliau, antara yang bertanggungjawab mendorongnya memeluk Islamialah ketua Keadilan cabang Gombak, Endon Abdullah dan timbalannya Faridah Abdul Karim.

"Alhamdulillah bila ada pendorong akhirnya saya rasa inilah detik yang paling berharga yang perlu saya ambil. Puan Endon dan Faridah merupakan kawan sejatiyang banyak membantu sehingga saya kuat dengan agama sekarang," katanya.

Di Pulau Pinang, Ketua Wanita Keadilan Cabang Bayan Baru Latifah Abdullah dan Ketua Ketua cabang Balik Pulau Sharifah Norhayati juga banyak membantu.huda yang kini bertugas dan tinggal di Kuala Lumpur mengharapkan ramai lagi rakan taulan dapat membantunya mendalami Islam.

Syabas dan tahniah kepada Puan Huda kerana memilih jalan Islam sebagai pedoman hidup. Hidayah yang diperolehi ini haruslah di jaga dan dipraktikkan dengan sebaiknya. Inilah akibat sekiranya berkawan dan bersahabat dengan golongan yang merperjuangkan agama. Selain cuba sedaya upaya memperjuangkan  dan menegakkan agama, PAS akan berdakwah dan terus berdakwah untuk mendekatkan golongan bukan Islam kepada Islam. Kita juga mengharapkan agar lebih ramai lagi yang akan mengikut langkah puan Huda ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.