Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN MAHADZIR MENUNJUKKAN SULTAN BODOH ?



Suhaizan: Apakah UMNO anak emas pemerintah British pada zaman 1948?

Suhaizan Kaiat | Sep 13, 2011 12:08:44 pm



Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah memberi penjelasan kepada pandangan kontrovesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya Prof. Zainal Kling di manaTanah Melayu tidak pernah dijajah.

Mahathir (gambar kanan) telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. 

Walau bagimana pun hakikatnya British bukan menasihat baginda tetapi British telah mengarahkan baginda mengikut telunjuk mereka.  Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut.

Persolannya adalah:


1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957?  Sultan atau British.

2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?

3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915?

4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?

5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda Sultan?

6. Apakah salah kita menanggap UMNO sebagai anak emas pemerintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?

Pemuda PAS Johor mewakili anak-anak muda Malaysia mahu penjelasan daripada Mahathir dan para sarjana sejarah mengenai persoalan-persoalan di atas.

*Kenyataan media oleh Suhaizan Kaiat (gambar kiri) selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Johor pada 12 September 2011.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.