Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAPORAN JAIS MUNGKIN BERTAMBAH GAWAT

Isu gereja: MB enggan dedah laporan, hanya umum minggu depan

September 19, 2011
SHAH ALAM, 19 Sept — Kerajaan negeri masih belum boleh mendedahkan kandungan laporan lengkap siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) 3 Ogos lalu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, walaupun pihaknya telah menerima laporan tersebut hari ini tetapi sebarang kenyataan akan dilakukan minggu hadapan.

Menurutnya, beliau mahu Jais menyerahkan laporan tersebut kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk baginda meneliti sendiri isi kandungan, sebelum kerajaan negeri membuat sebarang kenyataan rasmi.

“Pagi tadi, saya berkesempatan menghadap dengan Tuanku Sultan. Saya menerima laporan daripada Jais, saya juga minta laporan itu diserahkan kepada Tuanku supaya baginda meneliti laporan tersebut, dan apa-apa pun, saya akan mengadakan perbincangan dengan Tuanku Sultan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat beberapa pengumuman berhubung laporan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor.

“Oleh kerana terdapat lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, saya rasa apa-apa pengumuman, mengenai laporan tersebut, akan dibuat pada minggu hadapan,” katanya.

Ketika diminta menjelaskan isi kandungan laporan siasatan tersebut, Khalid (gambar) berkata, beliau akan beri butiran laporan Jais itu minggu hadapan.

Tengah hari tadi, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Jais telah menyerahkan laporan lengkap kepada Pejabat Menteri Besar pagi tadi.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam Jais memberitahu The Malaysian Insider, pengarahnya telah menyerahkan laporan lengkap tersebut awal pagi tadi.

Semalam, Khalid berkata beliau akan menerima laporan itu hari ini. Laporan berkenaan kes serbuan Jais ke atas DUMC itu diserahkan sekarang setelah agensi itu meminta tempoh sebulan untuk menyiapkannya.

Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussein berkata pihaknya sudah menyiapkan laporan itu dan akan menyerahkannya kepada Pejabat Menteri Besar dalam tempoh terdekat.

Pada 25 Ogos lalu, Jawatankuasa Pendengaran yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan pertemuan dengan Jais dan wakil-wakil dari Harapan Komuniti yang menganjurkan majlis makan malam pada awal bulan lalu di gereja berkenaan.

Serbuat tersebut dijalankan berikutan Jais mendapat maklumat terdapat usaha pihak tertentu dalam cubaan memurtadkan orang Islam pada majlis tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.