Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAT SABU TERUS MENDAPAT SOKONGAN MORAL YANG TINGGI



Kemerdekaan dan tafsiran sejarah: Di mana silapnya?

Barathidasan | Sep 15, 2011 12:28:41 pm

 
MIPAS ingin melahirkan pandangan berkenaan isu yang hangat diperkatakan pada masa ini iaitu mengenai kemerdekaan negara dan isu sejarah.

1. Kami menyokong pandangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri), lebih dikenali dengan nama Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang Negara kerana beliau berjuang mempertahankan Negara dengan menentang penjajah British.

2. Kami dukacita dengan kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosial budaya Majlis Profesor Negara (MPN) Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British sebaliknya hanya dinaungi dan secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri.

Jikalau perkara ini benar, maka timbul pelbagai persoalan.  Antaranya, apakah erti kemerdekaan di sebalik perkara ini?  Apa perlu kita menyambut hari kemerdekaan jikalau British itu bukan penjajah?  Jadi mengapakah rombongan Negara ke London untuk berunding dengan British menuntut kemerdekaan?

Jikalau perkara ini benar, maka kita tidak boleh menganggap Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan.  Ini kerana jikalau kita tidak pernah dijajah, maka soal kemerdekaan tidak timbul.

3. Isu ini menimbulkan pelbagai polemik yang tidak sepatutnya.  Kami ingin mempersoalkan Mahathir yang mengatakan bahawa buku sejarah tidak tepat.  Maka, mengapakah beliau tidak mengambil sebarang tindakan semasa beliau berada di tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri dan juga sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran?  Kami juga ingin mempersoalkan Majlis Profesor Negara (MPN) yang seolah-olah cuba menjadi tali barut UMNO dengan menidakkan sesuatu perkara yang telah pun diakui sebagai fakta.  Maka, ahli MPN tidak layak digelar Profesor dan harus dilucutkan gelaran tersebut.

MIPAS ingin supaya satu tindakan diambil terhadap mereka yang di atas.  Kita tidak seharusnya membiarkan polemik ini berterusan kerana ianya tidak menguntungkan sesiapa kecuali pihak-pihak yang ingin mencari kepentingan politik murahan (cheap political mileage).

*Kenyataan media oleh Barathidasan (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Malaysian Indians Progressive Association).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.