Umno lebih bahaya dari komunis! Posted on Tuesday, September 06 @ 09:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh penarik beca
Perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer pernah menyatakan di dalam bukunya 'Modern Egypt':
"Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun
Saya tak ada cerita baru. Ulang cerita lama ja. Bukan cerita, tapi fakta. Fakta yang dah jadi lebih established dari established itu ialah; 10 perkara Umno cakap, 12 tak boleh percaya.
Memang betul fakta itu bukan news. Bukan berita baru. Tapi, oleh kerana masih ramai lagi yang tak sedar benda tu walaupun dalam zaman informasi dan komunikasi di hujung jari ni, kita kena ratib benda tu tiap-tiap hari - 10 perkara Umno cakap, 12 tak boleh percaya.
Dalam kes Mat Indera pun, nampak sangat semakin established bahawa 10 perkara Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya. Baca sendirilah berita di bawah. Cukup takat tu dulu. Mudah-mudahan ada seorang dua yang mula reti bahawa bahawa 10 perkara Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya.
Saya juga berharap tidak ada yang menafikan bahawa pengganas komunis jahat dan bahaya. Tapi pada masa yang sama, jangan pula dinafikan bahawa alat perkakas British yang minum arak, main judi dan kacau anak dara kampung orang juga jahat dan bahaya (tak kiralah sama ada alat British tu sedar atau tidak atau semata-mata nak kerja kerana tak ada kerja atau kerana nak glamour makan gaji dengan Orang Putih jadi pegawai British dan sebagainya).
Saya juga nak semua orang tahu bahawa pemimpin-pemimpin awal Umno terdiri dari pegawai-pegawai British. Datuk Onn Jaafar pernah jadi pegawai British, Tunku Abdul Rahman pernah jadi pegawai British, Tun Abdul Razak Hussein pernah jadi pegawai British. Memang sukar dinafikian apa yang Lee Kuan Yew pernah kata bahawa British mengambil keputusan untuk melepaskan Malaya dari cengkamannya sebab tak tahan sangat dah dengan ancaman komunis. Tapi British lepaskan kepada siapa? Bacalah sendiri apa Cromer tulis seperti yang saya petik di atas.
Memang, ketika mereka mengganas dan jahat mengalahkan iblis dan syaitan, puak komunis di negara ini sama bahaya dengan Umno yang menjarah negara ini sejak sebelum merdeka lagi ketika menjadi pak yet Orang Putih. Memang, zaman tu komunis sama bahaya macam Umno.
Tetapi, apabila komunis negara ini tidak lagi mengganas dan meletak senjata, darjat kejahatannya tidak sama lagi dengan Umno. Hari ini, komunis dah kalah teruk di tangan Umno dari segi kemerbahayaannya. Hari ini, Umno yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata parti perasuah jauh lebih bahaya dari komunis.
Teringat pula kata orang bahawa komunis bangsa Melayu bila nak kahwin dengan komunis bangsa Cina, depa tak murtad. Komunis bangsa Cina tu memeluk agama Islam dulu sebelum kahwin dengan komunis bangsa Melayu tu. Contohnya perkahwinan Abdullah CD dan Suriani Abdullah. Tetapi, di bawah pemerintahan Umno, bersepah-sepah yang murtad. Walaupun ada kawan-kawan yang berfahaman komunis, saya tak akan bermuka-muka dan tetap menyatakan bahawa komunis bahaya. Tetapi, Umno lebih bahaya dari komunis!

JOHOR BAHRU - “Jangan gali kubur sendiri!” Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong mengenai perkara itu, sebaliknya mempunyai bukti mengangkat Mat Indera sebagai hero.
Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, ‘Pengukir Nama Johor’ diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.
“Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung,” katanya semalam.
Buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.
Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.
Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.
Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:
“Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.
“Seperti Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.
“Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang.”
Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.
“Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka,” katanya.
Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.
0 orang berkata:
Post a Comment