Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penganjur misi macam terdesak ! sebab tu depa tak peduli keselamatan !

UMNO MUNGIK TERDESAK ! DIA ORANG TAK TAHUPUN BAHAYA ZON KESELAMATAN SEBAB NAK TONJOLKAN UMNO YANG SEMAKIN TERHAKIS PERJUANGAN DAN NAMANYA ! ALAH ! BUKAN DATO' TAK FAHAM ! INILAH PERANGAI UMNO DALAM KECEMASAN ! Pk

 Rais: Misi kemanusiaan perlu ada SOP elak tragedy

September 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Satu prosedur operasi standard (SOP) khusus harus diwujudkan sebagai panduan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, termasuk pengamal media, sebelum menganjurkan atau menyertai mana-mana misi bantuan kemanusiaan ke luar negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata, sudah sampai masanya SOP itu diadakan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, seperti insiden malang yang menimpa jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terkorban Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi ketika menyertai misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia.

“Antaranya sebelum pergi, perlu ditentukan adakah kawasan yang mahu dikunjungi itu kawasan biasa iaitu kawasan yang mengalami bencana alam atau zon perang yang berbahaya,” katanya.

“Juga perlu dipastikan tinjauan dibuat untuk mengkaji kawasan itu terutama dari segi tahap keselamatannya,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Rais berkata juga penting untuk mereka mengetahui ialah apa yang patut dibawa ketika bertugas di kawasan berisiko tinggi serta memastikan setiap anggota kumpulan misi dilindungi dengan insurans khusus.

“Ini kerana kalau anggota misi tidak dilindungi insurans khusus, jika apa-apa terjadi syarikat insurans boleh menolak (tuntutan) sebab itu zon perang.

“Jadi insurans khusus perlu diambil untuk sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga anggota misi sekiranya terjadi apa-apa ke atas mereka,” kata beliau.

Kata beliau, segala keperluan itu perlu dipenuhi bagi menguatkan misi selain memastikan anggota misi lebih bersedia pasa masa akan datang.

“Jangan (kejadian) ini melemahkan semangat mereka yang mahu menyertai aktiviti kesukarelawan sebegini,” kata beliau.

Rais berharap kerja amal yang dilakukan oleh masyarakat, termasuk anggota Kelab Putera 1 Malaysia, tidak dirosakkan dengan kritikan yang tidak membina.

Mengenai latihan khusus kepada petugas media sebelum menyertai misi kemanusiaan, Rais berkata, selain boleh diterajui oleh Institut Penyiaran Tun Abdul Razak, tenaga sukarelawan yang pernah menyertai misi-misi kemanusiaan perlu diperoleh sebagai penceramah bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan sukarelawan baru, termasuk anggota media.

“Mereka yang pernah menyertai misi ini boleh menjadi penceramah berkesan, misalnya Presiden Kelab Putra 1 Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sendiri boleh berkongsi pengalaman cara-cara untuk berdepan risiko di zon kritikal,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.