Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENINDASAK FELCRA DIBONGKAR

  TIPU MELAYU YE !

Jumaat, 9 September 2011

SATU LAGI PENINDASAN FELCRA KEATAS PENEROKA TERBONGKAR.

Bota- 8 Sept: Ekoran dari kemenangan kes saman peserta Felcra  jalan Kancu, Tapah, peneroka Felcra Nasaruddin (Belia) sudah berani menuntut hak mereka.



Seorang peneroka, En. Yusuf bin Mat, 50, mewakili  37 orang peneroka Nasruddin (Belia) hari ini telah membuat laporan dibalai polis Seri Iskandar, keatas kes penyelewengan pemberian hak milik tanah dan penyelewengan kos pembangunan tanah oleh pihak Felcra.

En.Yusuf berkata, pada tahun 1973, Felcra Nasaruddin (Belia) telah diteroka dengan tanaman kelapa sawit dan getah.
 
Peneroka yang ada disini pada hari ini telah diberi 10 ekar tanah oleh Felcra sepertimana yang tercatit didalam surat perjanjian. Tetapi, sehingga kini peneroka  tidak mendapat salinan surat perjanjian itu walaupun sudah memohon beberapa kali sehingga ke ibu pejabat Felcra di Kuala Lumpur. 
 
Sehingga pada bulan Mac, 2009, kami dipaksa menandatangani surat projek tanam semula dan pihak Felcra menjanjikan kepada kami tanah seluas 10 ekar. 
 
Kemudian pada bulan Julai, 2009, kami telah diberi hak milik keatas tanah itu, tetapi malangnya, kami hanya mendapat 7 ekar sahaja daripada tanah itu, katanya yang juga selaku Pengerusi  BAPA (Badan Bertindak Peserta Felcra Ng. Perak.)

Katanya lagi, kami amat tidak berpuashati terhadap pihak Felcra yang mungkir janji apabila tidak menyerahkan keluasan tanah yang sepatutnya kami terima iaitu, 10 ekar seperti  yang dijanjikan untuk setiap peneroka disini. 
Kami percaya kos pembangunan tanah yang sudah dipotong dari jumlah dividen yang kami terima selama ini, adalah berdasarkan 10 ekar tanah seperti yang dijanjikan. Ini amat merugikan pihak kami.
Serta kami percaya perkara ini adalah satu penipuan dan penyelewengan kuasa apabila surat salinan perjanjian tidak pernah diberikan untuk kami mendapatkan maklumat sebenar berkenaan kedudukan tanah milik kami, ujar beliau.

Turut hadir bersama peneroka di balai polis, Tn Hj. Razman Zakaria, Pengerusi BAPA Kebangsaan dan Tn Hj. Ramli Kanji, peserta Felcra jalan kancu, Tapah, yang telah menang saman keatas Felcra baru-baru ini.
Menurut Hj Razman, kes ini juga akan dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa yang terdekat ini supaya disiasat dan dapat dibawa kemuka pengadilan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.