Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERHEBAT ISU HARGA BARANG NAIK




Posted on Saturday, September 17 @ 07:13:31 PDT by paktam
Oleh Zulkifli Yahya
SERANGAN bertalu-talu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan PAS shttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzkmfKFRTRJXpugyfIhSCZIM6R-EMxO_QpYgniiOxS46zaXmcodUYk0gDC8sn90fW2ZFeq11tr7TGfkmIMWtPGWuGR9yvM-GV2S8-N5Q4FtFZ0qH_ZC6gRJmss-klbhIeopL_sY1E251-4/s400/barang+naik2.JPGendiri berhubung isu Mat Indera dibuat tanpa henti, setiap hari. Ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang sudah panik, nampak macam kertas undi PAS dalam tong undi terbang melayanglayang.

Serangan media talibarut BN secara bersepadu dan bertalu-talu itu adalah salah satu daripada kaedah peperangan. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ia dipanggil Pakatan Ahzab.



Ia ditiru oleh semua pakatan ketenteraan hingga ke hari ini. Amerika Syarikat, setiap kali menyerang musuh akan bergabung dengan rakan-rakan sealiran membentuk Tentera Bersekutu. Apa perlunya pakatan, walhal Amerika Syarikat sendiri sudah cukup kuat kalau setakat untuk membelasah Iraq. Ia mahu menunjukkan kepada dunia bahawa tindakannya disokong ramai pihak. Itulah yang dikatakan perang saraf, ia mengiringi perang persenjataan.
 
Dalam perang propaganda juga begitu. Sejak Umno menjadikan perunding Yahudi sebagai penasihat, kita dapat melihat keseragaman modus operandi mereka dalam perang saraf. 

Setiap isu yang dilonjakkan akan dimainkan oleh semua media dan melalui semua medium. Ia akan diikuti oleh Perhebat isu harga barang pihak. Akan terbit kenyataan demi kenyataan oleh pelbagai NGO (yang kesemuanya adalah rangkaian satelit Umno).

Diikuti pula dengan laporan polis yang bercambah di seluruh negara. Cuba perhatikan rentetan isu yang berlaku dalam negara; isu liwat, video seks Dato’ Eskay, pembinaan kuil di Shah Alam, kandang babi di Selangor, penggunaan kalimah Allah, Himpunan Bersih 2.0, serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) terhadap gereja, roboh gerai di Pulau Pinang dan terbaru, Mat Indera - modus operandi mereka sama sahaja. Ia tidak berlaku secara spontan melainkan perancangan dan arahan.

Mereka mahu merperlihatkan kepada rakyat jelata bahawa ia adalah suatu kebangkitan atau gelombang penolakan terhadap pihak tertentu.

Kelebihan mereka ialah mempunyai peruntukan untuk mengupah ‘pelakon-pelakon opera politik’ itu dan mereka menguasai media utama negara.

Adakah dalam isu yang disensasikan dari kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera ini ia akan menjejaskan PAS? Setakat ini belum ada kaji selidik dibuat terhadap responden berhubung isu tersebut. Tapi kalau penulis diajukan dengan soalan itu, saya berani mengatakan, ia tidak menjejaskan undi PAS!

Pertama, mengaitkan PAS dengan keganasan dan komunis bukan isu baru. Lebih dua dekad lalu para pemimpin Umno silih berganti menyerang PAS dengan tuduhan ‘PAS sebarkan ideologi komunis’ dan ‘PAS lebih bahaya daripada komunis’. Antara yang mengeluarkan kenyataan celupar itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Tapi PAS tidak berkubur dengan pencemaran imej melalui tuduhan komunis. PAS adalah parti Islam yang menolak semua ideologi ciptaan manusia serta menolak semua akidah yang salah. Justeru, menuduh PAS sokong murtad, Kristian dan komunis tidak akan berbekas.

Kedua, serangan ala Ahzab hari ini berbeza dengan serangan ala Ahzab lebih 1,400 tahun yang lalu. Meskipun PAS tetap belum menguasai media utama negara, PAS berpeluang menggunakan media kedua atau media maya.

Dalam media utama dilaporkan Mat Sabu menyokong komunis tapi dalam media maya Mat Sabu cuma menyokong Mat Indera bukannya komunis. Dalam media utama Mat Indera adalah pengkhianat tetapi dalam media maya orang boleh meneliti biodata lengkap Mat Indera siap dengan bukti-bukti perjuangannya. Golongan cerdik, pengingin tahu dan anak-anak muda menjadikan media kedua sebagai sumber maklumat. Golongan ini adalah majoriti senyap yang mencorak pemikiran masyarakat terbesar di luar sana.

Ketiga, hakikatnya rakyat sudah biasa sangat dengan serangan ala Ahzab terhadap pembangkang. Ia nampak macam gah tapi tak mampu merubah apaapa melainkan (mungkin) memantapkan keyakinan ahli-ahli dan penyokong mereka sendiri sahaja, terhadap isu yang dibawa.

Contohnya serangan ala Ahzab terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh. Majoritinya tidak merosot, malah bertambah. Teorinya mudah, kesan besar akan tidak terasa apabila orang menganggap ia perkara biasa.

Keempat, isu tersebut tidak menyentuh hati nurani rakyat yang tidak terbabit. Tidak sampai berapa kerat pihak yang kena mengena dengan Peristiwa Bukit Kepong masih hidup. Ahli keluarga mereka sebaliknya berterima kasih kepada Mat Sabu kerana akibat kenyataan beliau, tak semena-mena balu polis yang terbabit dapat pencen arwah suaminya.

Berpuluh tahun mereka tidak dipedulikan, kerana Mat Sabu, mereka mendapat perhatian. Pihak yang tiada kena mengena dengan peristiwa itu pula tidak akan berasa sensitif apa-apa. Pihak yang mengangkat sepanduk dan membuat laporan polis terhadap Mat Sabu adalah orang Umno. Mat Sabu tidak buka mulut untuk berkata apa-apa pun memang mereka dah marah dekat PAS. Itu biasa.

Bersama isu Mat Sabu ada satu isu besar dalam negara yang menyentuh hati nurani setiap rakyat Malaysia iaitu peningkatan kos sara hidup atau kenaikan mendadak harga barang. Semua orang terasa sebab semua rakyat Malaysia berbelanja. Merdeka Centre yang melakukan kaji selidik mendapati sokongan terhadap Perdana Menteri susut enam peratus, faktor utamanya isu kenaikan harga barang. AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membayangkan pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tahun ini kerana kemelesetan ekonomi yang memberi kesan mengakibatkan kenaikan kos sara hidup.

Hampir semua kerajaan di dunia tumbang sama ada melalui demokrasi atau demonstrasi jalanan apabila rakyat dihimpit tekanan ekonomi.

Semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu gerakkan gelombang kebangkitan rakyat dengan mengeksploit sepenuhnya isu kenaikan kos sara hidup. Beri penumpuan terhadap isu ini. Lebih berkesan menumpukan isu daripada memperbagaikan isu. 

Gunakan kaedah yang digunakan oleh BN selama ini; bantahan seluruh negara, angkat sepanduk, hantar memo, gerakkan penerangan besar-besaran dari pentas ceramah hingga ke kedai kopi, guna sepenuhnya media maya dan asak bertubi-tubi macam yang dibuat oleh mereka terhadap Mat Sabu - Insya-Allah BN akan tumbang di Pusat kerana isu kenaikan harga barang ini.

1 orang berkata:

konfiusdotcom said...

Saya ada buat kajian perbandingan harga sebenar lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, 99 Speedmart dan Giant. Carrefour masih dalam pertimbangan. List tu masih belum complete tapi boleh download kat www.konfius.com

Perbandingan terperinci 20 barang2 di supermarket pun boleh di download kat www.konfius.com

Sebenarnya list ni utk mak saya. Saya plan utk update harga barang2 tu setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di university Malaya.

Video kempen kesedaran pengguna pun boleh dilihat kat
http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0&noredirect=1

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.