Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLITIK CARI MAKAN, DULU LAIN SEKARANG LAIN

TIDAK TIMBUL SOAL KEBENARAN, YANG PASTI PERLU PANDAI BERLAKON UNTUK CARI MAKAN

 Wednesday, September 7

Sapa talibarut British

Alhamdulillah... Tuhan dah bukakan kemuruk orang orang Umno. Sorang demi sorang tampil dengan megahnya mempertikaikan apa yang sebelum ini depa sanjung sekaligus tunjuk tembelang dan warna sebenar mereka pada rakyat. Lepaih ni senang la rakyat nak buat keputusan dalam pilihanraya nanti.

Terima kasih pada lidah Umno yakni Utusan Malaysia yang telah mengangkat kata kata Mat Sabu yang kini telah menjadi satu perdebatan terbuka dan bersejarah tentang kemerdekaan negara. Terbaru perdebatan mengenai sejarah kemerdekaan negara kembali menjadi panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya (baca flip flop) setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu dan kini mendakwa sebaliknya.

Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar diketahui rakyat? Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam laporan bernama;

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim
.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan. 

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Mengikut laporan ketika Mat Indera melancarkan gerakan kemerdekaan, British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas komunis lalu meletakkan $75 000 untuk penangkapan Mat Indera samaada hidup atau mati. Keluarga Mat Indera juga diseksa dan dibuang daerah oleh British. Apabila Mat Indera ditangkap, hukuman untuk beliau adalah penyiksaan untuk berbulan lamanya dan akhirnya beliau dihukum gantung di Taiping.

Keadaan telah meletakkan Umno dikandang salah. Hari ini, MB Johor, Ghani Othman membuat kenyataan bahawa Mat Indera seorang pengganas komunis yang kejam dan zalim walaupun dalam buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini jugalah yang menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. Umno terkantoi dengan pernyataan flip flop terbaru dari MB Johor ini. Kenyataan MB Johor ini juga melengkapkan kebenaran betapa Umno adalah talibarut British.- http://shalehudin.blogspot.com/

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.