Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RASUAH HALAL KE ? HARUS ? NAK BUAT MACAM MANA ?

APA KATA ALAMAK UMNO ATAU MUFTI-MUFTI ?

Saturday, September 24, 2011

Pru13: Najib akan teruskan Budaya Rasuah Pilihanraya




Kerajaan Rakyat l Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang menimbangkan satu bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan di Malaysia.

Ia akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib sendiri dalam pembentangan Belanjawan Malaysia untuk tahun depan, dengan tujuan menangani kenaikan kos sara hidup dan menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam masa setahun ini, menurut satu laporan laman berita setempat, semalam.

Portal berita The Malaysian Insider, telah difahamkan bahawa perdana menteri telah meminta pihak Kementerian Kewangan supaya mengkaji kos kedua-dua pilihan tersebut.

Langkah itu mirip pendekatan yang diambil oleh mantan perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2007 - setahun sebelum menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-12 pada Mac 2008.

Ketika itu, Tun Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

'Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar pada akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,' kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan Malaysia, akan membentangkan Belanjawan 2012 itu pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan Malaysia membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan awam.

Ia juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada para pesara sektor awam.

Datuk Seri Najib berkata kerajaan Malaysia berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban para penjawat awam dan pesara kerajaan, serta membantu mereka membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri. Ia membabitkan kos sebanyak RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi BN berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008, meskipun Tun Abdullah ketika itu menguasai 91 peratus kerusi dalam Parlimen.

Datuk Seri Najib sedang berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk rancangan memansuhkan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan pada minggu lalu.

'Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hidup selepas pemotongan subsidi baru- baru,' kata sumber itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.