Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

S E L A M A T !!!

PAS DAN MAT SABU SELAMAT KERANA ADANYA KENYATAAN DARIPADA JUAK-JUAK UMNO YANG MEMENINGKAN KEPALA RAKYAT


Isu kemerdekaan: Dedahkan tembelang Umno

Posted on Monday, September 12 @ 18:00:00 PDT by paktam

Oleh ANTIKARAT
OLEH kerana PAS tidak mempunyai media harian seperti Umno mempunyai Utuhttp://blog.fireflyz.com.my/wp-content/uploads/2009/09/NgWeiChean_Merdeka.jpgsan, Berita Harian, RTM dan TV3, maka isuisu yang agak kontroversi mudah memerangkap PAS. 

Ini termasuklah isu terkini berkaitan hero kemerdekaan sebenar seperti yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang telah diputarbelit secara ganas oleh Utusan Malaysia dan konco-konconya.


Ada juga pemimpin dan ahli PAS dan Pakatan Rakyat sendiri yang pening kepala dengan isu ini. Ada yang kecewa kerana isu ini umpama memberi peluru hidup kepada Umno dalam keadaan PAS tidak mempunyai media harian yang mampu membuat penerangan dan pembelaan diri.
 
Penulis juga cemas dalam mengikuti isu ini. Kemudian rasa cemas itu beransur-ansur hilang apabila dapat pengesahan bahawa ucapan Mat Sabu telah ditokok tambah dan diputarbelit oleh akhbar laknatullah. Dari sehari ke sehari, penulis semakin jelas akan isu pokoknya. Malah rasa terkilan pula andaikata polemik ini putus sekerat jalan setelah Umno mula menyedari senjata makan tuan.

Hari ini, penulis berpendapat bahawa isu ini akan backfire kepada Umno. Generasi muda yang menekuni laman maya mula terbuka minda dan tertarik untuk mengetahui kisah sebenar perjuangan kemerdekaan negara. Jadi, penulis mengesyorkan PAS, tokoh sejarah dan sejarawan yang tulus mesti tampil berani untuk mendedahkan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang disembunyikan oleh Umno.

Wacana ilmiah perlu diadakan agar akhirnya rakyat khususnya generasi muda sedar siapa sebenarnya pengkianat dan siapa hero yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

Mungkin selama ini generasi muda tidak berminat dengan isuisu sejarah. Minda mereka lebih bereaksi dengan sains, internet dan perkembangan dunia moden. Namun, isu Bukit Kepong cetusan berani Mat Sabu ini tak semena-mena menarik rasa ingin tahu mereka. Apa tidaknya; mereka selama ini dimomokkan oleh rekod sejarah ciptaan Umno yang tersurat di dalam buku-buku teks, bahanbahan arkib dan propaganda kemerdekaan ciptaan Umno.

Apabila mereka didedahkan isu Bukit Kepong, mereka mula terfikir tentang siapa yang memerintah Tanah Melayu pada 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Tanah Melayu merdeka.

Mereka juga mula terfikir mengapa Umno yang mendakwa dirinya sebagai parti Melayu yang berjuang untuk kemerdekaan itu, namanya berciri selari dengan penjajah Inggeris iaitu, United Malays National Organisation? Sedangkan gerakan-gerakan kemerdekaan waktu itu semuanya bernama Melayu.

Contohnya, PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), API (Angkatan Pemuda Insaf), KMM (Kesatuan Melayu Muda), AWAS (Angkatan Wanita Sedar), Hizbul Muslimin dan BATAS (Barisan Tani Semalaya). Orang Melayu di kampung dan Felda tidak ambil peduli nama ini kerana telah terbiasa pada lidah Melayu. Mereka rasa sebutan Umno itu dah macam Melayu. Namun bagi generasi muda, tidak begitu.

Mereka kritis; mengapa dakwa berjuang untuk Melayu tetapi nama bau penjajah? Banyak lagi hubung kait parti Melayu bernama Inggeris ini dengan penjajah yang wajar diketahui oleh rakyat. Maka sekaranglah masanya, PAS perlu membuka tembelang Umno kepada generasi baru yang lebih canggih inteleknya. Justeru, jangan takut untuk berdebat dengan Umno atas isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.