Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUTUP ISU INI ATAU SEMARAKKAN DENGAN HUJAH BANGANG

ISU NI BOLEH DITERIMA DAN DITUTUP, NAMUN JANGAN ADA YANG EGO KERANA KEPENTINGAN POLITIK, BANYAK ISU YANG LEBIH PENTING UNTUK DIKETENGAHKAN DEMI KEBENARAN DAN KEBERSIHAN, JANGAN TENGGELAMKAN ISU SPR YANG SEBELUM INI HANGAT DIBINCANGKAN

Iktiraf pejuang kemerdekaan tanpa pinggir mana-mana pihak – Aziz Bari


10 Syawal 1432H,
KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari meminta fakta sejarah disusun semula bagi mengiktiraf semua pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah, tanpa meminggirkan mana-mana pihak.
Kata beliau, sejarah tidak perlu ditulis semula, sebaliknya kerajaan harus memberikan kebebasan kepada ilmuan sejarah untuk mengemukakan pandangan mereka dari pelbagai perspektif.
“Tidak perlu (ditulis semula), Sebab, kerajaan persekutuan yang baru selepas ini, (mesti) memberi kebebasan kepada setiap pakar sejarah mengemukakan pandangan dan hujah masing-masing.
“Dengan itu, fakta sebenar sejarah akan disusun semula termasuk mengiktiraf semua pejuang negara tanpa meminggir mana-mana pihak,” kata beliau pada forum Mat Indera: ‘Pengkhianat atau pejuang’  yang dianjurkan oleh Free Public Forum di Kuala Lumpur malam tadi.
Dua lagi ahli panel yang turut serta dalam forum berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS,  Mohammad Sabu dan aktivis sosial, Hishammuddin Rais  .
Menurut Aziz, berbeza di bawah pentadbiran Umno-BN pada masa ini, sejarah ditulis untuk kepentingan politik dan bersifat berat sebelah.
Sementara itu, Mat Sabu yang turut bersetuju dengan pandangan itu berkata, ia menjadi punca rakyat Malaysia tidak bersemangat mengibar jalur gemilang setiap kali sambutan perayaan kemerdekaan pada 31 Ogos.
Ini kerana katanya, hanya individu tertentu sahaja yang dinobatkan sebagai pejuang kemerdekaan oleh Umno-Barisan Nasional.
“Sepatutnya, kerajaan bersikap adil dengan turut memaparkan nama pejuang lain termasuk Dr Burhanuddin Helmi (pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya dan Pas), Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Salleh, Rentap kerana mereka juga merupakan pejuang.
“Malah ada antara mereka mati ditali gantung kerana menentang perjuangan British,” katanya.
Sementara itu Hishamuddin Rais pula berkata, pentadbiran Umno enggan mengisahkan nama pejuang kemerdekaan lain kerana bimbang ‘rahsia’ mereka terbongkar.
“Kalaulah Umno jujur, apa jadi? Rahsia sebenar bahawa bukan mereka yang bermandi darah memperjuang kemerdekaan (terbongkar).
“Buktinya, apabila isu Mat Indera dicanang Utusan, rakyat semakin terdedah bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam sejarah negara,” katanya lagi.-Kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.