Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADEH ! APA YANG BN/UMNO SEMUA DAH TAK KENA ! KENA SAMAN PULAK !

RUU Perhimpunan Aman: PAS saman PM, kerajaan pusat

December 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Dis PAS hari ini memfailkan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pusat ekoran tindakan menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Saman difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hatta dan Dzulkefly merupakan Ahli Parlimen. Menurut Mohamad (gambar), tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan menamakan Najib sebagai responden pertama dan kerajaan Malaysia responden kedua.

Mohamad menambah saman difailkan bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut.

Permohonan hari ini juga mahukan tiga perintah dari mahkamah, lapor Harakahdaily.
Pertamanya, perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggubal rang undang itu bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.

Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan.

“Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.