Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHLI PAS MULA RAGUI KESETIAAN HASSAN ALI PADA DASAR PAS

Wednesday, December 21, 2011

Isu Negara Berkebajikan: Maaf Datuk Hassan Ali......kami tidak bersama mu

Kalau ada orang bertanya saya, agak-agaknya ada keperluan atau tidak PAS Pusat mengambil tindakan ke atas beberapa individu PAS Selangor yang menjadi punca ke atas berlakunya sedikit kegawatan sekarang?

Saya akan jawab.....memang ada,.....dan mereka itu ialah YB Saari Sungib selaku Ketua Penerangan PAS Selangor.

Saya tidak mengenali dan tidak pernah berurusan secara resmi atau tidak resmi dengan kedua-duanya.

Saya pernah berselisih dengan YB Saari Sungib dan kami tidak bertegur sapa (saya sombong atau beliau yang sombong.....tak taulah pulak) semasa saya mengikuti rombongan Prof. Dr. Hamirdin yang menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di Batu Pahat pada banjir penghujung tahun 2006.

Manakala Datuk Hassan Ali pula, saya pernah ke rumahnya kerana dijemput oleh Saudara Roslan SMS melaui ruangan komen dalam blog saya.

Saya mengambil peluang lalu ke rumah beliau semata-mata ingin mendapat first-hand news dari mulutnya sendiri kerana ketika itu beliau berada di dalam kemuncak 'kontroversi' dengan beberapa tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh kawan dan lawan......dan hasilnya pada keesokan harinya gambar saya keluar dalam beberapa blog menuduh saya adalah dalam golongan UG......saya masih ingat lagi beberapa blog itu....ada blog yang 'celaka' dan ada juga blog yang berada di atas landasan yang benar.......maaf teman, saya hanya meminjam istilah yang pernah digunakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz ke atas beberapa blog jadian.......tak apa itu cerita lama dan saya tidak berhajat untuk ber'gaduh' dengan sesiapa kerana tidak terdesak.

Berbalik kepada tindakan ke atas YB Saari Sungib dan Datuk Hassan Ali tadi.

Pertamanya, YB Saari Sungib pada hemat saya memang ada keperluan untuk pimpinan PAS Selangor mahupun Pusat mengambil tindakan ke atas 'keceluparan' yang tidak beretika bercerita pasal soal si folan tertentu atau si anu mungkin dicalonkan atau digugurkan dalam PRU13 nanti kerana kata pemutus adalah datang dari PAS Pusat setelah menjalani proses saringan yang teliti bukannya datang dari Ketua Penerangan PAS Negeri.

Keduanya, Datuk Hassan Ali perlu diambil tindakan kerana amat jelas kenyataannya seperti dalam video klip di bawah boleh mencetuskan keresahan di kalangan ahli PAS serta memberi political mileage yang amat menguntungkan kepada Umno......sila amati kenyataannya di bawah:

Apa bentuk tindakan terpulanglah kepada kebijaksanaan Pimpinan.......samada berbentuk teguran lisan atau sebagainya.

Saya amat menghormati Datuk Hassan Ali yang telah membuang segala kemudahan dan avenue yang ada, hingga sanggup masuk menjadi ahli PAS serta berjuang kurang lebih 15 tahun yang lalu dan pernah menjawat jawatan Naib Presiden PAS Pusat.....sebab itu saya banyak reserved komen saya terhadapnya apabila mendengar berbagai-bagai serangan dari penyokong dan pendokong PAS......tetapi tidak sekarang lagi.

Saya amat hairan (with due respect) samada beliau tidak faham atau buat-buat tidak faham akan dasar perjuangan PAS selama ini......hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui isi hatinya.

Dasar perjuangan PAS tetap tidak berubah dan tidak pernah lari dari landasa seperti apa yang termaktub dalam Perlembagaan PAS......yang berubah hanya pendekatan mengikut uruf, maslahah setempat dan politik semasa selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam......seharusnya beliau selaku bekas Naib Presiden PAS......seorang pemidato...seorang pakar motivasi tersohor sewaktu dulu amat memahami melebihi daripada saya yang serba daif dengan Ilmu Islam ini.

Maaf Datuk......walaupun saya hanya pendokong biasa dalam PAS dan tidak menjadi kudis bagi Datuk dengan ulasan yang tidak seperti ini.....saya tidak ber'sama' Datuk dalam hal ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.