Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAIKKI SISTEM PILIHANRAYA JANG ADA MUSLIHAT


PSC: 10 lagi syor baiki pilihan raya ke Parlimen Mac depan

December 15, 2011
 
GEORGE TOWN, 15 Dis Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) akan mula membuat rumusan bagi 10 cadangan baru yang dijangka dibentangkan Mac depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang mempengerusikan pendengaran awam dua hari mulai hari ini, berkata setakat ini, 10 cadangan telah dikemukakan di Parlimen termasuk penggunaan dakwat kekal yang dibentangkan oleh jawatankuasa itu.

“Saya berharap setelah selesainya sesi pendengaran awam pada penghujung Januari nanti, kita boleh mula membuat rumusan untuk 10 lagi cadangan yang boleh kami persetujui sebelum dibentangkan pada sesi Parlimen Mac depan,” katanya kepada pemberita semasa waktu rehat pendengaran awam itu yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata kertas cadangan untuk pembentangan kali kedua ini akan mengambil sedikit masa kerana banyak cadangan yang sukar mendapat keputusan sebulat suara.

“Namun, saya yakin dengan ahli-ahli Yang Berhormat yang matang akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan penambahbaikan kepada masalah yang timbul,” katanya.

Terdahulu, antara pasukan yang mengemukakan cadangan pada sesi di sebelah pagi adalah Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Parti Sosialis Malaysia cawangan Bayan Baru, Majlis Datuk-Datuk Pulau Pinang dan Parti Cinta Malaysia.

Ongkili (gambar)berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah institusi atau yayasan yang akan diletakkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah satu cadangan yang bernas.

Beliau berkata yayasan itu juga bertujuan mengadakan program kesedaran awam mengenai hak-hak seorang pengundi dan menggalakkan mereka menggunakan peluang untuk mengundi bagi mematangkan politik.

“Yayasan seperti apa yang dicadangkan itu sememangnya telah ditubuhkan di luar negara seperti di negara Jerman, di mana yayasan itu bebas daripada mana-mana pihak dan berfungsi sebagai Badan Bukan Kerajaan yang dimiliki oleh semua,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasanya akan meneliti perkara ini memandangkan ia adalah cadangan yang baik daripada segi pendidikan pemilihan dan pendidikan politik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.