Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CILAKAK LU

21 Disember, 2011

Selepas Skandal NFC, Kini Skandal 'Tender Gate'?

Selepas skandal terbesar NFC kini skandal 'Tender Gate' pulak? UMNO BN tak habis-habis dengan skandal.. skandal perabih duit rakyat jer. Bermacam-macam projek diadakan bagi memenuhkan poket-poket pemimpin korup UMNO BN serta kroni. Projek pada awalnya hanya mencecah jutaan ringgit tapi bila di kira-kira balik mencecah berbillion ringgit. 
 
Akhirnya projek siapa tapi jadi projek gajah putih. UMNO.. hang betul-betul penjahanam agama, bangsa dan negara!! Betul-betul tak sabar nak ngundi doh ni..


KKLW Nafi Seleweng Dalam 'Tender Gate'


Oleh : Meor Hafizan bin Abdul Ghani


LEMBAGA Perolehan A (LPA) KKLW Bil 5 Tahun 2011 yang telah bersidang pada 24 Februari 2011 telah bersetuju untuk meluluskan permohonan penyenaraian nama kontraktor bagi menyertai tawaran tender terhad Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau, Sabah di bawah NKRA dengan anggaran jabatan oleh JKR Sabah berjumlah RM 9.4 juta.


Bagaimanapun pada masa JKR melaksanakan proses tender tersebut, anggaran JKR telah meningkat kepada RM 11.584 juta. Sehubungan itu, LPA KKLW hanya memperakukan kepada Kementerian Kewangan memandangkan anggaran jabatan telah melebihi kuasa Kementerian.


Kementerian Kewangan tidak meluluskan perakuan yang dibuat oleh LPA KKLW dan memutuskan supaya projek ini dilaksanakan secara tender terbuka.


Sehubungan itu, tidak timbul isu bahawa Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam projek ini dan tiada pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai yang terlibat di dalam pelaksanaan tender terhad bagi projek ini.


Namun semua pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan projek di bawah Kementerian disaran untuk sentiasa peka dan mematuhi segala peraturan dan prosedur sedia ada.


Maklumbalas perkara ini telahpun dihantar kepada Kementerian Kewangan pada 30 November 2011 dan merupakan jawapan terhadap Laporan Sabahkini.net bertajuk
’Tender Gate’ KKLW (Siri Pertama)

Penulis merupakan Ketua Komunikasi Korporat KKLW

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.