Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Cina MCA dan melayu UMNO jangan fikir kami tak tahu tafsir ucapan kamu

CINA MCA MEMANG BERHAK MENYANGGAH HUDUD, ITU HAK DIA, SEBAB DIA KATA ADA INFAK UNTUK KAUM DIA, AKAN TETAPI YANG MENYEBABKAN KITA MARAH IALAH SEBAB DIA MENJATUHKAN MARTABAT HUKUM TERSEBUT YANG DIKATAKAN MEMBAWA KEMUNDURAN SECARA UMUM, INI YANG KITA MARAH, SAMALAH DENGAN ORANG MELAYU UMNO YANG MENGHINA HUDUD SECARA MENYINDIR, JIKA MEREKA CINA MCA DAN MELAYU UMNO TAK SUKA HUDUD MAKA ITU TIDAK MENGAPA TAPI JANGAN HINA HUKUM TERSEBUT  -Pak Karamu

 

Soi Lek: Jika ABIM berhak, saya pun ada hak persoal hudud

December 11, 2011
 
KUALA LUMPUR, 11 DisPresiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud yang hendak dibawa oleh PAS.

Menurut Dr Chua, sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempunyai hak untuk memintanya memohon maaf, beliau juga ada hak untuk bercakap mengenai hudud versi PAS dan impaknya ke atas bukan Islam di negara ini.

“ABIM seharusnya mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik. Satu forum (yang dianjurkan baru-baru ini) sebulat suara mendapati bahawa hudud PAS akan ada impak ke atas bukan Islam.

“Anda perlu dengan khusus berkata ia hudud PAS dan bukan hanya hudud,” kata beliau (gambar)dipetik Sunday Star hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh bercakap mengenai hudud.

“Akhirnya, ia ada impak ke atas kesemua rakyat Malaysia, kita semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Kelmarin, ABIM menyerahkan satu memorandum kepada Dr Chua, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud baru-baru ini.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

“Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan empirikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

“Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut,” kata beliau.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.