Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

FULUS ! FULUS ! WAL MAMPUUUS !

Sabtu, 3 Disember 2011

Tengok nii..Ketua Bahagian Umno Parah Berebut Duit...??

Pergolakan Umno Bahagian Sungai Petani melibatkan ketuanya Khairul Anuar Zainol dan timbalannya Ali Yahya semakin parah akibat berebut duit.(Gambar Sekadar Hiasan)
 
Ketika mendedahkan hal itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pergolakan itu berpunca daripada soal duit dan harta pampasan yang diberikan kerajaan pusat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat.

Sudah menjadi rahsia umum wang peruntukan berjumlah RM1 Juta untuk kawasan Parlimen itu disalur melalui bahagian Umno, kerana parlimen itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

“Punca pergolakan mereka kerana individu yang terima duit itu tidak membahagikan kepada pihak satu lagi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati,” kata Johari ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN berkata, akibatnya timbul rasa marah sehingga senario mengugut keluar parti pula timbul.

“Kumpulan yang tidak dapat duit itu mula berang dan tidak mahu menyokong sepenuhnya ketua mereka sehingga menimbulkan kekecohan.

“Mereka tidak sedar percakaran itu akan membuatkan sokongan rakyat terutama daripada anak muda kian merosot,” ujarnya.

Tambah beliau, pergolakan itu dengan sendirinya menyebabkan kebajikan rakyat diabaikan. Sementara itu, Johari memberitahu Umno semakin hari hilang kuasa dan susah untuk dibangunkan kerana bergantung kepada agensi kerajaan sahaja.

“Kekuatan mereka (Umno) hanya agensi kerajaan sahaja dan akan jadi parti yang semakin pupus kerana rakyat kini tidak mahu lagi beri sokongan kepada mereka,” katanya.-KeadilanDialy

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.