Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HASSAN PAKAR MOTIVASI, TAPI BODOH DALAM MORAL POLITIK

Hasan Ali ‘sudah isytihar perang’ ke atas parti, kata Naib Presiden PAS

TERKINI @ 02:17:35 PM 21-12-2011
December 21, 2011
 
KUALA LUMPUR, 21 Dis Naib 

Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.

“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan,  bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau (gambar) pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Sambil berkata " Hasan bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak menyerangnya semalam, Mahfuz berkata, apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah “menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden.”

Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan.

Konsep itu bagaimanapun dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno.Baru-baru ini, susulan kepada dasar ucapan itu Hadi melancarkan gagasan “Negara Kebajikan Tawaran PAS” dalam bentuk buku.

“Muktamar dihadiri oleh Mursyidul Am, Presiden, Majlis Syura dengan perwakilan mereka, Dewan Pemuda dengan perwakilan mereka, Dewan Muslimat dengan perwakilan mereka, dan perwakilan-perwakilan dari kawasan yang mempersetujui konsep negara berkebajikan... bermakna dia telah mengisytiharkan dia sudah hilang kepercayaan dan menolak keputusan yang dibuat (oleh muktamar) dan menolak dasar PAS,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Kata Mahfuz, beliau tidak kisah jika Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengkritik soal-soal teknikal.

“Bukannya mempersoalkan dasar PAS, macam dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau sambil menambah, sekiranya Hasan sudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengisytiharkan perang ke atas PAS, maka “beliau sudah patut membuat keputusan untuk diri beliau.”

“Beliau seorang yang berpendidikan tinggi, ada PhD, seorang pakar motivasi, sepatutnya boleh membuat keptusan untuk diri sendiri.

“Orang lain tidak patut membuat keputusan untuk diri beliau, patut dia boleh keputusan” katanya lagi.

Justeru Mahfuz menegaskan, jika beliau berada dalam kedudukan Hasan, yang mengkritik dasar parti, beliau sepatutnya sudah lama keluar dari parti.“Kalau saya dalam keadaan beliau, saya sudah lama angkat kaki,” katanya lagi.

“Kalau beliau mengatakan PAS sudah tergelincir landasan, nak tunggu apa lagi?” katanya merujuk kepada kenyataan Hasan semalam.

Semalam, sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Hasan mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.

Hasan turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.