Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HIDUP DAN MATI KERANA UMNO SEMATA-MATA

DARAH TU MERAH, MERAH TU API, API TU NERAKA, TEMPAT ASAL USUL KETURUNAN JIN DAN SYAITAN

Kalau ditoreh darah saya sekalipun, keluar darah umno.

Saturday, December 3, 2011




Beb, semalam sapa tengok berita di tv3 = buletin utama? Hahaha.. siyes kelakar beb. Aku tengok. Setelah 3 hari terlepas berita buletin utama [dengan sengaja] sebab dia asyik potpet pasal persidangan umno jek, semalam aku buang masa tengok persidangan tue.



Ada beberapa benda menarik pada berita semalam sampai aku tergelak2 tengok. Tapi ada juga beberapa benda fitnah yang masih lagi diamalkan oleh perwakilan2 umno yang aku rasa ini bodoh jika diteruskan. Terutamanya perwakilan dari kedah yang pongpang sibuk kutuk pas + TGNA + TGHA. 

Dorang mengungkit isu kafir mengkafir walhal isu tersebut ialah mitos semata2. Siapa yang mulakan mitos tersebut kalau bukan buletin utama dan utusan malaysia [beberapa media arus perdana yang lain juga terlibat]. 

Sesuatu yang palsu jika diucapkan berulang2 kali, akan masuk ke dalam minda seseorang dan dianggap sebagai benar. Oleh kerana media arus perdana seringkali menyebarkan fitnah neh maka ia dianggap benar oleh mereka2 yang tidak tahu sedangkan ini adalah fitnah. Tiada mana2 tuk guru yang pernah mengkafirkan umno. Tiada. Obso. Nada.

Memang wujud ahli2 dan beberapa individu yang pernah mengkafirkan umno tetapi mereka bukan tuk guru dan bukan pula mewakili suara ahti pas. Apa sahaja pandangan yang kurang elok dibuat oleh diri mereka hanyalah mewakili diri mereka dan adalah tidak adil jika pas dan tuk guru disabitkan sekali dalam hal neh.

Inilah yang perwakilan umno dari kedah telah salah faham besar. Puncanya mungkin kerana fitnah neh disebarkan secara berulang2 oleh media2 arus perdana sehingga seseorang itu tidak boleh bezakan mana satu fitnah dan mana satu realiti. Apabila diminta bukti bahawa tuk guru pernah kafirkan umno, mereka tak bagi. Mereka tiada. 

Apa yang mereka ada dan buat untuk kuatkan penghujahan fitnah mereka? Ucapan yang diedit2, dipotong2, dibuat2, dilakukan bagi melaga2kan tokoh2 agama di antara pas dan umno. Asalnya semua tokoh agama neh ialah manusia. Yakni manusia biasa yang ada perasan marah, kecil ahti, sedih dan geram. Walaupun definisi politik mereka berbeza. 

Contohnya begini ;

Tokoh agama yang memihak kerajaan apabila melihat berita yang memburuk2kan kerajaan dengan perkataan yang kurang ajar sudah tentu akan menganggap ini keterlaluan lalu timbul persepsi salah sangka terhadap tokoh agama pembangkang dan begitulah seterusnya berlaku.

Sedangkan kalau diperhatikan tokoh2 agama di malaysia neh walaupun berbeza aliran tapi masih boleh duduk semeja untuk bincangkan perbezaan mereka secara baik dan berhujah. Tapi apahal berita2 malaysia cuba melaga2kan mereka? Inilah yang aku pelik dan heran. 

Terdapat juga beberapa video ustaz azhar idrus dan tgna yang diedit2. Walaupun mereka tidak pernah berkata begitu tetapi ia diedit2 dan disebarkan agar rakyat salah faham terhadap ilmu agama mereka. 

Wahhh.. manusia jenis apa yang sanggup buat apa sahaja demi duit? Sudah tentu ini budaya yang tidak boleh disokong. Oleh itu, setiap video yang disebarkan terutama yang membabitkan pimpinan tertinggi pas dan individu yang berpengaruh minta korang jangan percaya bulat2. Boleh jadi ia edit. Sila lihat sini sendiri untuk berita penuh tentang itu. 

Selepas itu perwakilan dari kedah pongpang2 pasal dosa pahala TGNA. Ewahh.. jagalah dosa pahala ko sendiri yang sokong umno = parti yang sokong sekular dulu. Tak payahlah gebang bagai pas neh ahli neraka bhai. Dosa pahala masing2 sendiri jaga sudah. Kalau dah sendiri berjuang dalam parti yang halalkan judi sendiri tak payah sibuk fikir orang pas ke neraka ka apa. Fikir hala tuju sendiri dulu larh. Confirm syurga ka bhai?

Perwakilan dari penang lagi best. Dia dedahkan ada pimpinan tertinggi umno yang putus harapan untuk tawan penang. Maknanya umno tidak yakin bahawa mereka boleh rampas penang semula. Ini satu strategi yang bagus kepada dap dan pr sendiri. Ini membuktikan bahawa rakyat penang lebih selesa di bawah pr berbanding di bawah bn. Sebab tue umno buntu nak tawan penang walaupun pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan. PR bukan bagus sangat di penang tetapi jika dibanding dengan bn? Itu lagi sadis.

Perwakilan dari selangor pula dah menemui strategi untuk tawan semula selangor. Siap cakap dia terseksa lagi duduk di bawah pr selangor. 

Kah kah kah

Pasal projek ka apa? Tapi ini satu benda yang pkr selangor khususnya kena fikir. Jangan sibuk gaduh dan melaga2kan sesama sendiri pkr. Andai pkr gagal pertahankan selangor kali neh reputasi pkr sendiri akan terjejas. Jangan nak salahkan orang lain andai perkara itu menjadi realiti kelak. Perkara yang sama turut berlaku di kedah dan perak.
Jangan tikam dan melaga2kan sesama sendiri demi jawatan, pangkat, kuasa dan duit. PAS dan PKR dilihat agak lemah dan kelam kabut di beberapa negeri sebab tiada kerjasama dan persefahaman mungkin. Lupakan sahaja apa2 persengketaan dan teruskan buat kerja untuk tawan putrajaya. Andai pr dapat putrajaya yang pahit pun jadi manis. Cepat atau lambat je beb. 

Tapi ada satu perwakilan wanita dari mana tah aku tak ingat dia menghina khalid ibrahim sebagai gagap. Wahhh punyalah beria2 umno pongpang pasal sikap adun dap tapi bila perwakilan sendiri yang hina MB Selangor sebagai gagap semua pakat2 gelak boleh pula?

Whatdepekk! 

Sudahlah mesti selepas neh perwakilan wanita tersebut bagi alasan saya tak cakap, yang cakap orang bawah walhal dia yang mendorong orang bercakap begitu bila dia meraban sebut nama mb selangor yang gagagga.. ggagaa.. hah apa?  [ gagap ] hahahah.. saya tak cakap yer.. orang bawah yang cakap yer.. hahahahah.. . Jawapan balas aku ialah g mamposlah ko.

Kalau dah pandai bercakap soal moral, soal akhlak, soal perkataan yang baik maka sendiri kena amalkan dulu. Jangan sibuk pongpang benci kutuk marah adun dap [which aku sendiri pun tak bekap adun dap neh] walhal sendiri amal. Ngokngek larh betul lah orang2 umno neh. Semalam meraban bagai pasal isu penghinaan tapi hari neh sendiri menghina. Bukan kah itu ngokngek namanya? 

Aahhha.. jangan ditanya pada aku napa aku tulis ngokngek. Aku bukan sedang nasihatkan dorang. No. Aku cuma tarik keluar hipokrit dorang. Yang sebenarnya aku suka tulis apa2 perkataan yang aku suka dan tiada minat nak halang mana2 orang dari menulis apa2 perkataan yang dorang suka. Heh. 

Tapi bab yang paling lucu sekali bilamana dorang membahaskan usul perdana menteri najib berkaitan isu orang umno dan ahli umno. Ramai2 lah mengulas usul tersebut. Well aku takde minat sangat dengan komen dorang tapi ada satu makcik neh berjaya buat aku gelak2. Ada ka dia cakap andai ditoreh sekalipun, akan keluar darah dia yang darah itu darah umno. 
kah kah kah

Gila siot. Tak sanggup wa, der. Lue toreh darah wa pun takan keluar darah pr ka pas ka apa ka der. Umno dan lain2 itu hanyalah sekadar parti. Parti itu ciptaan der. Wa tidak taksub bagai der. Makcik yang sama neh tak silap aku, ada muncul di astro awani bahas usul gaji minima untuk kakitangan swasta tapi di tv3 dia muncul dengan komen tersebut pula. 

Habis hilang respect aku. Walhal di awani aku beria2 dah tanam respect kat dia, masuk buletin utama terus respect tue mampos. Ceh. Taksub gile dengan umno. Neh jenis kalau umno buat jenayah depan2 mata pun jadi halal neh. Dah taksub lah katakan. Itu pun nasib baik umno baru buat jenayah belakang2. Heh.

Kesimpulannya dalam persidangan umno kali neh yang aku boleh bagitau yang 50% umno sedang menuju perubahan. Perubahan neh cuma dari segi ahli2 / penyokong umno bawahan. Pasal ada satu suara perwakilan dari pahang yang mengesa agar ahli2 pimpinan tertinggi umno jangan suka buat kontroversi. Bila dorang buat kontroversi letihlah orang bawah nak menjawabnya nanti. Ucapan itu menarik banyak minat dan tepukan gemuruh orang ramai. Jelas disini bahawa ;

1. Ahli umno yang tidak melafazkan melalui mulut bahawa mereka tidak sukakan pemimpin2 mereka ramai.

2. Ahli umno yang berikrar mahu berubah dari kegagalan dan korupsi juga ramai.

3. Ahli umno yang tidak menyokong kepimpinan masakini juga ramai.

Ini adalah keypoint kenapa Majlis displin umno bakal diwujudkan kembali untuk menghukum ahli2 yang belot dari parti [menjadi ahli umno tetapi tidak menyokong pemimpin umno].

Ini lah yang aku nampak. Bagos sebab ramai ahli umno dah sedar pimpinan mereka teruk. Tapi tak bagos sebab media masih bias dan hanya melaporkan yang baik2. Dan bertambah2 tidak bagos sebab hanya pimpinan jahat je yang menguasai parti. Lalu, bagaimana anda ahli2 umno nak menegakkan yang haq?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.