Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAWAB ! JANGAN TAK JAWAB

PAS: Hasan, Nasharuddin dan Saari akan dipanggil untuk beri penjelasan

Tuan Ibrahim Tuan Man | Dec 22, 2011 03:44:37 pm


 
PAS akan memanggil Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa dan Saari Sungip bagi mendapat penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.  Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah.

Melihat situasi PRU yang semakin hampir, PAS ingin menegaskan parti tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj samada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.  Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai "team player" untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura.

PAS ialah sebuah parti dan jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.  Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam.

Kepada ahli-ahli PAS, ingatlah "apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi."  Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti.

*Kenyataan media Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.