Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO HASSAN ALI MUNGKIN GAGAL .....


UTUSAN HARAP HASSAN ALI KAHWINKAN UMNO DAN PAS, MACAM KAWINKAN POKOK, POKOK MENUNGGU UMNO, TUNASNYA PAS

 


Wednesday, December 7, 2011



Utusan mahu Hasan Ali jadi ‘orang tengah kahwinkan Umno-PAS’

December 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Dis Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat “Datuk Paduka” sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.


Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik.


Nama Hasan (gambar), Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan.


Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS. “Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali,” kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini.


Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.


Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru. “Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin.


Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu “berkahwin” sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan “sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.”


Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran.
“Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan.


“Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya,” kata penulis akhbar itu.


Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu.


Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.


“Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.


“Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu,” kata Zaini lagi.


Akhbar Umno itu berkata “Faktor Dr Hasan amat penting sekali” kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan.


“Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam,” katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan.

PAK KARAMU:
Perlu apa kahwinkan antara umno dan PAS ? kan ke UMNO telah buat kenyataan bahawa ahli PAS sudah beribu-ribu meninggalkan perjuangannya ? Apa mimpi UMNO nak berkahwin dengan PAS yang hanya tinggal tak berapa kerat yang tinggal ? Bukankah lebih baik UMNO merisik PKR ?

2.  Kahwinkan UMNO dengan PAS dah macam keluarga kat Indonesia pulak, suami kristian isteri islam atau disebaliknya, ini tak mungkin berlaku di negara ini, UMNO penganut fahaman kebangsaan melayu, sementara PAS penganut fahaman islam, Pokoknya nabi larang kerana ia melibatkan akidah

3.  Bersatu memang baik demi perpaduan akan tetapi apabila fahaman berlainan tak mungkin perkahwinan tersebut akan memberikan faedah kerana akan berlaku percakaran yang tidak mengamankan perkahwinan tersebut seperti masa dulu yang mana UMNO menerajang keluar PAS dari perkahwinan tersebut dan inilah pengalaman perkahwinan masa lalu

4.  Andainya mana-mana pehak nampak bahawa perkahwinan diantara UMNO dan PAS itu banyak memberi faedah maka UMNO kenalah bersunat dulu, jika masih kulup macam mana nak kahwin sekalipun bersunat itu sunah sahaja, ertinya UMNO kenalah menjadi mualaf terlebih dahulu (Cenderung pada islam dan belajar hukum islam baik-baik, terutama bab akidah)

5.  Rasanya melayu tak akan hilang kemana-mana, jika hidung orang melayu kembang macam pelepah  kelapa maka ia tetaplah dalam keadaan begitu, namun jika islam ia akan tetap kekal kerana disana ada jaminan daripada Yang Maha Penciptanya, UMNO kena fikir baik-baik dan masak-masak dulu sekalipun PAS ni macam puteri kayangan yang come lote

6.  UMNO janganlah nak cepat sangat berkahwin dengan PAS secara tergesa-gesa, banyakkan sabo ! Yang baiknya bersunat dulu, masuk islam dulu ! Nanti tak lah orang akan kata UMNO nak kahwin dengan PAS sebab memburu nafsu dan cita-cita sahaja, sebab kahwin cara tu tak akan kekal lama

7.  Orang tengah Hassan Ali kena nasihatkan UMNO supaya banyak bersabar, takkan lari gunung dikejar, nampaknya UMNO sangat perkenan dengan Hassan Ali nih, mungkin hidung Hassan Ali sesuai dengan UMNO, tapi maklum je lah keluarga orang PEH ini banyak yang tak berkenan dengan Hassan Ali, sebab idung dia tu le !


“Malah PKR pun pening kepala dengan beliau,” katanya. Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang.


“Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor,” katanya dalam tulisan kali ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.