Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mahathir: Umno perlu turun ramai calon pelapis

December 05, 2011
 
IPOH, 5 Dis – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.

Beliau berkata wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam Umno.

“Kita masuk Umno bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk Umno adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang,” katanya kepada pemberita pada “Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M” di Dewan Bandaran Ipoh di sini.
Ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menurunkan harga minyak sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara, Dr Mahathir berkata, itu hanya janji kosong untuk meraih undi rakyat.

“Dia nak buat macam mana? Dia janji macam-macam dalam kempen. Bila dah jadi pemimpin baru kata tak boleh,” katanya dipetik Bernama Online.

Mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diminta melepaskan jawatan ekoran isu Perbadanan Fidlot Nasional yang melibatkan suami beliau, Dr Mahathir berkata itu terpulang kepada Shahrizat.

“Kalau dia rasa dia patut berundur, dia patut berundur,” katanya. Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir berkata negara tidak akan mencapai kemajuan sekiraya masih dibelenggu demonstrasi setiap masa.

“Sekiranya politik sering huru-hara dengan perselisihan faham, pergerakan untuk menjadikan negara maju akan terbantut (kerana) pentadbir terpaksa menumpukan perhatian untuk meredakan keadaan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.