Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA CEPAT SANGAT SERBU ? HMMMMM !

SPRM serbu pejabat NFC

December 23, 2011
Gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Dis Enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) dilihat memasuki ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional (NFC), NFCorp di Solaris Mont Kiara hari ini yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan.

Mereka dilihat memasuki pejabat berkenaan kira-kira jam 2.55 petang hari ini. NFCorp merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu berkenaan yang terletak di Gemas Negeri Sembilan.

Skandal NFC tercetus apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mengesahkan terdapat penyelewengan dalam dana kerajaan sejumlah RM250 juta berhubung projek berkenaan.

Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil turut dikaitkan dengan skandal tersebut.

Serbuan hari ini dikaitkan dengan pengumuman SPRM semalam bahawa pihaknya akan menyiasat kes penyelewengan dana kerajaan oleh NFC, bertentangan dengan kenyataan badan tersebut sebelum ini yang menyerahkan siasatan kepada pihak polis atas dakwaan terdapat kes pecah amanah.

SPRM turut mengesahkan pihaknya telah menahan reman seorang individu berpangkat ‘Datuk’ semalam untuk disoal siasat berkaitan skandal tersebut.

1 orang berkata:

hussin said...

artikel ini baik untuk:

yang tak faham dengan peranan majlis syura ulama

yang 'berfatwa' presiden dan timbalan presiden mesti ulama

yang menjaja 'dipersetujui oleh majlis syura ulama'

yang menjadikan wala' topik dakwah kepada pemuda

yang menelan madu 'wala' dengan semut2nya sekali

yang bimbang dengan 'apa yang sedang saya fikirkan (melayu akan hilang kuasa)'

yang menjadikan pas 'kenderaan' bagi sampai ke destinasi yang memberi keuntungan kepada diri sendiri/keluarga

yang bertemu dalam gelap dengan umno atas apa alasan sekalipun

yang sanggup membantu umno meneruskan kezaliman, rasuah dan penyelewengan

yang mendasarkan perpaduan pas-umno berasaskan 'melayu-islam, islam-melayu

yang bercita2 menjawat jawatan menteri/menteri besar sebagai habuan perpaduang

'profesional yang telah merubah perjuangan pas' - hassan ali dan nasharuddin mat isa (masuk gelanggang pertandingan silat harimau timbalan presiden sbg profesional, pada 2009, diiktiraf sbg ulama(olih puak2nya)

wallahu'alam

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.