Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mesti ada muslihat tak baik

Jumaat, 2 Disember 2011


SPR tak boleh tambah peraturan sesuka hati – Maximus Ongkili

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menambah sebarang peraturan baru disaat-saat akhir semasa berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi PSC, Datuk Maximus Jonithy Ongkili.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan, yang meminta PSC menjelaskan tindakan SPR sebelum ini yang kerap membuat peraturan baru di saat akhir pengundian termasuklah memanjangkan tempoh mengundi.

“SPR tidak boleh tambah peraturan baru dan sekadar laksana peraturan sedia ada selepas ia digazetkan kelak seperti dicadangkan PSC,” katanya ditemui selepas sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook.

Beliau turut bersetuju bahawa SPR perlu merujuk kepada Yang Di Pertuan Agung (YDPA) sahaja jika mahu menambah peraturan baru kerana ketika itu tiada kerajaan yang memerintah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang jika Parlimen dibubar sebelum PSC menyelesaikan tugas mereka yang berakhir awal April 2012.

“Bila Parlimen bubar, automatik jawatankuasa PSC juga bubar,” katanya ringkas.Sementara itu, Loke mendesak SPR segera laksana apa yang dicadangkan PSC itu.mestilah dibuat sebelum Parlimen bubar,” katanya.

PSC sebelum itu mencadangkan agar SPR segera melaksanakan syornya termasuklah sistem pengundian awal, pengundi luar kawasan, penukaran alamat pusat mengundi, dan pembersihan daftar pengundi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.