Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUNGKIN MASALAH AKIDAH SEMBAHYANG DUA IMAM

Majlis Agama Islam Terengganu bincang isu dua solat Jumaat esok

December 21, 2011
 
KUALA TERENGGANU, 21 Dis Isu dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa masjid di negeri ini akan dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) esok.

Yang Dipertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata keputusan mesyuarat itu akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Esok baru tahu apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil terhadap masjid-masjid berkenaan,” katanya pada sidang media hari ini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata mesyuarat itu akan disertai pegawai tinggi kerajaan negeri Terengganu termasuk setiausaha kerajaan negeri, penasihat undang-undang, pegawai kewangan, mufti, ketua polis negeri dan pengelola istana.

Sultan Mizan ketika merasmikan pembukaan Masjid Sultan Ismail di Chendering dekat sini baru-baru ini, melahirkan rasa dukacita kerana kejadian solat dua Jumaat dalam satu kariah masih berlaku di Terengganu.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu terdapat 11 masjid yang kebanyakannya di Besut dan Marang masih melakukan perbuatan itu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghentikannya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, masih terlalu awal bagi pihaknya memanggil pihak terbabit bagi memberi penjelasan.

“Selepas ini (esok) kita akan keluar laporan sejauh mana tindakan yang sudah diambil terhadap masjid-masjid berkenaan sebelum ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.