Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUSUH NAJIB DALAM SELIMUT

Pemuda Perkasa dakwa ada pihak hasut pelajar turun bendera Najib

December 19, 2011
 
KUALA LUMPUR, 19 Dis Sayap muda Perkasa mendakwa ada pihak tertentu di belakang kumpulan mahasiswa yang didakwa menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, kelmarin.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi berkata, perbuatan mahasiswa terbabit amat memalukan bangsa sendiri dan keluarga mereka.

“Pelajar ini tidak mewakili majoriti mahasiswa di menara gading yang memang mempunyai sikap dan pegangan perjuangan idealisme mahasiswa yang sewajarnya bertindak secara matang dan berakhlak mulia, apatah lagi mewarisi budaya Melayu yang beradap dan mengikut ajaran Islam. Budak ini kurang sopan, tidak beradap, kurang didikan agama oleh keluarganya,” kata Irwan dalam satu kenyataan mengulas insiden kelmarin.

Kata beliau, kerajaan telah pun mengumumkan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menjadi modal perjuangan mereka akan dipinda.

“Apa yang dikehendaki lagi kecuali ada pihak di belakang mahasiswa ini. Patutnya mereka bakar dan pijak gambar pemimpin-pimimpin yang jual agama Islam untuk tujuan politik atau pemimpin yang tidak bermoral,” katanya lagi.

Terdahulu, kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Najib menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah AUKU sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.