Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK KASI KENA GAK KE ?

Pendakwa: Penafian Anwar gagal pertikai keterangan Saiful

December 13, 2011
 
KUALA LUMPUR, 13 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal untuk mempertikai keterangan pengadu dalam kes liwat dihadapinya sekarang dan oleh itu, penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sahaja tidak memadai, kata pendakwa raya hari ini.

Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah bahawa keterangan Anwar dari kandang tertuduh telah gagal mematahkan testimoni Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pengadu itu memang telah pergi ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

“Penghujahan kami, ia hanya satu pembohongan. Apabila anda gagal untuk mempertikaikan fakta keterangan PW1, (ia) bersamaan dengan pengakuan,” kata Yusof ketika hujah penggulungan beliau hari ini.

Ketua pasukan pendakwa ini berkata keterangan Anwar (gambar) tidak mencabar validiti rakaman CCTV di kondominium Desa Damansara, yang menunjukkan kehadiran beliau pada 26 Jun.

“Penafian seperti ini tidak menafikan kesemua kandungan keterangan PW1, bahawa Anwar telah meminta Saiful (yang juga saksi utama kes) pergi ke unit kondominium... tidak mempertikaikan bahawa ketua staf telah menghantar Saiful untuk menghantar kepada beliau (Anwar) satu dokumen,” kata Yusof.

1 orang berkata:

puspawangi said...

Aiya..setakat cctv tunjuk DSAI masuk kondo..boleh sabitkan utk pertuduhan liwat ke????kesian lah DPP kat Malaysia ni...kesian sungguh..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.