Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAWAITU HASSAN BIAR IKHLAS KERANA AGAMA ALLAH

APABILA ADA ISU MAKA ADALAH HUJAH, APABILA ADA HUJAH MAKA ADALAH KEILMUAN, APABILA ADA ILMU MAKA BERTAMBAHLAH PENGALAMAN, APABILA BERTAMBAH PENGALAMANAN MAKA BERTAMBAH BANYAK YANG KITA TAK TAHU

HASSAN ALI, DIA TETAP DENGAN DASAR DAN PRINSIFNYA IAITU MEMPERJUANGKAN ISLAM, BANGSA DAN INSTITUSI RAJA-RAJA, KETIGA-TIGA DASAR INI JIKA KITA PERJUANGKAN SEBENARNYA TIDAK MENYALAHI AGAMA TETAPI DASARNYA WAJIB KEPADA ISLAM, SELAIN DARI ISLAM ADALAH BATAL SAMA SEKALI, TAK BOLEH PAKAI

MEMPERJUANGKAN ISLAM WAJIB PADA AL QURAN DAN HADIS NABI, MEMPERJUANGKAN BANGSA WAJIB PADA AL QURAN DAN HADIS NABI, MEMPERJUANGKAN INSTITUSI RAJA JUGA WAJIB PADA AL QURAN DAN HADIS NABI, YANG MENJADI PERSOALANNYA SEKARANG IALAH BOLEHKAH KITA PERJUANGKAN SEMUA ITU DENGAN CARA INDIVIDU ? HASSAN NAK TUBUHKAN NGO ? NAK SERTAI UMNO ? ATAU ADA YANG DIA TAK PUAS HATI ? Pak Karamu

Thursday, December 22, 2011


Gugur jawatan EXCO: Hasan Ali tidak kisah

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.
Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. - BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.