Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGARA BERKEBAJIKAN ANJURAN PAS

PAS perjelas konsep negara berkebajikan, dokumen 80 halaman dilancar Ahad

TERKINI @ 08:04:36 AM 09-12-2011
December 09, 2011
 
Salahuddin Ayub menunjukkan muka depan dokumen negara berkebajikan yang akan dilancarkan Ahad ini.
 
KUALA LUMPUR, 9 Dis PAS akan melancarkan dokumen berkaitan dengan konsep negara berkebajikan Ahad ini — enam bulan selepas perkara itu ditimbulkan oleh presidennya pada muktamar tahunan parti Islam itu — dilihat sebagai satu lagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13. 
 
Dokumen itu, selain menjadi dokumen penting untuk ditatapi dan diperbahaskan oleh masyarakat pelbagai lapisan, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, ia bakal menjadi sebahagian kandungan dalam manifesto Pakatan Rakyat kelak. Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Dokumen ini dilancarkan di Shah Alam, Ahad ini. “Dokumen ini akan memperjelaskan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS, ia akan memberi maklumat terperinci yang dimaksudkan sebagai negara berkebajikan yang dibawa PAS, yang berbeza daripada negara kebajikan, yang dibawa pesaing politik kita, Umno.

“Dokumen ini akan menjelaskan apa sebenarnya konsep berkebajikan, fokus keseluruhan konsep berkebajikan. Dari sudut politik, ekonomi, keadilan sosial, pendidikan,” kata Salahuddin yang juga pengerusi jawatankuasa penyediaan dokumen berkenaan.

Ketika ditanya sama ada dokumen itu akan menjawab kritikan-kritikan Umno selama ini termasuk ketika perhimpunan agung tahunan parti itu minggu lalu, Salahuddin menjawab:

“Ia bukan satu jawapan (kepada kritikan mereka), tetapi dokumen ini memberi penjelasan tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep negara berkebajikan yang PAS hendak bawa.”

“Dokumen ini lebih kurang 80 halaman, kandungannya kami akan sertakan bersama manifesto Pakatan Rakyat, yang merupakan sebahagian daripada parti komponen, kami akan berkongsi antara isi penting dokumen ini,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Dokumen itu akan dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Pada Ogos lalu, PAS melancarkan Buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Hadi, dilihat menjawab kritikan pemimpin-pemimpin Umno sejak Hadi menghuraikan perkara itu dalam ucapannya pada muktamar tahunan Jun lalu.

PAS juga menggunakan tema itu dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum 2008.
Buku itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan al-Quran dan sirah Nabi saw.

Ciri-ciri negara berkebajikan, menurut Hadi sebelum ini, berbeza dengan negara kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara ini.
Umno-BN mendakwa dengan mengetengahkan idea negara berkebajikan, PAS sudah lari dari matlamat perjuangan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.