Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG ISLAM TAK AKAN HINA ISLAM MELAINKAN KAFIR HARBI

ORANG YANG HINA ISLAM DAN HUKUMNYA ADALAH KAFIR HARBI SEKALIPUN MEREKA ITU BERIBADAT MACAM ORANG ISLAM YANG BERIMAN

Khutbah Jakim: Islam, Raja tergugat kerana Muslim gadai maruah

December 09, 2011
 
KUALA LUMPUR, 9 DisKhutbah 

Jumaat Jakim sempena tamat tempoh perkhidmatan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong Isnin ini berkata, Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu dipertikaikan pihak tertentu kerana Muslim sendiri sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama.

Menurut kandungan teks khutbah yang diperoleh, umat Islam terbabit sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama kerana kepentingan diri dan ideologi masing-masing.

“... juga ada yang sanggup bersubahat dengan pihak-pihak tertentu untuk mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi di negara ini atas alasan bagi mempertahankan hak asasi pihak lain,” kata teks khutbah kali ini.

Tuanku Mizan (gambar) akan digantikan oleh Sultan Kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong minggu depan.

Oleh itu, tegas khutbah, jemaah dan umat Islam yang terlibat dan bersekongkol dengan pihak yang cuba merosakkan kedudukan Islam, sebenarnya telah mengkhianati agama Allah SWT.

“... terpesong daripada ajaran Rasulullah SAW, melakukan dosa yang besar, menzalimi umat Islam serta mengugat keharmonian negara.

“Ingatlah bahawa jika umat Islam hilang integriti, hilang maruah dan diperalatkan pihak lain,  maka akhirnya umat Islam di negara ini akan menerima nasib yang malang seperti yang berlaku di sesetengah negara yang rakyatnya dihina dan dihalau daripada tanah air mereka sendiri,” katanya.

Khutbah itu tidak merujuk kepada mana-mana kenyataan sejak kebelakangan ini, tetapi dilihat perkara sedemikian juga menjadi perhatian pada Perhimpunan Agung Umno 2011 minggu lalu.
Malah ia juga menjadi sebahagian modal hujah dalam arena politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut khutbah itu, selain kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan Raja-raja Melayu dipertikaikan, terdapat cubaan memurtadkan dan melanggari hak-hak eksklusif  umat Islam.

Teks khutbah pusat itu menambah, bagi mengelakkan keadaan itu mimbar menyeru kepada semua jemaah dan umat Islam sekalian, “bersatu padu mendokong dan menjunjung sistem Raja Berpelembagaan yang sekian lama di amalkan di negara ini.”

“Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat atau mencemar institusi Raja-raja serta mempertikai perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sejak merdeka lagi, termasuklah kesucian agama Islam sebagai agama negara ini.

“Ingatlah bahawa teraturnya urusan agama dan dunia adalah sesuatu yang dituntut dan ia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah,” katanya.

Ia menambah, kalaulah tidak wujudnya pemerintah, nescaya keadaan manusia akan menjadi kacau-bilau dan mereka akan saling bermusuhan antara satu sama lain.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.