Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS ADA KERAHAN TENAGA UNTUK PRU 13


Himpunan JunduLlah, kerahan tenaga pemuda hadapi PRU 13 

Monday, 19 December 2011

Satu program yang akan menghimpunkan seluruh jentera pemuda PAS Kawasan Marang, diberi nama 'Himpunan JunduLlah PRU 13' akan diadakan pada hari Jumaat, 23 Disember 2011, di Madrasah Darul Iman, Bukt Payong, Marang Terengganu.


Himpunan para petugas jentera pilihan raya ini adalah sebagai persediaan terakhir Pemuda PAS Marang menjelang pilhanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bla-bila masa.


Ia juga sebagai medan 'arahan terakhir' yang bakal diterima oleh seluruh pemuda Marang, untuk bekalan bagi berhadapan pilihan raya umum tersebut.

Himpunan ini akan dsempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Turut hadir bersama-sama  Nik Abduh ialah Sdra Mohd Sany Hamzan selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia yang akan memberi motivasi kepada kira-kira 500 orang pemuda yang bakal menyertai Hmpunan ini.

Dengan menampilkan tema 'Marang Hok Kite – Sapu Bersih', Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang akan menyampaikan segala maklumat dan penerangan agar dapat disampaikan kepada sasaran yang dikehendaki.

Talimat Penerangan undang-undang pilihanraya juga akan dibentangkan oleh wakil Jabatan Guaman Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program tersebut juga akan melancarkan tabung dana pilihanraya yang diberi nama Tabung Amanah Pilihanraya Pemuda PAS Marang (TAMPUNG) bagi menampung segala perbelanjaan pilihanraya yang akan mencabar pada PRU akan datang.

Pada sebelah malam, Ceramah Gempur  akan diadakan  di Kampung Jerung Surau bagi menerangkan isu-isu semasa yang akan memberi maklumat kepada masyarakat setempat.

'Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan'

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.