Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENYELARASAN MUNGKIN PERLU

Ideas: Malaysia perlukan ‘kerajaan terhad’ tangani krisis urus tadbir

December 19, 2011
 
KUALA LUMPUR, 19 Dis Malaysia memerlukan satu sistem “kerajaan terhad” - konsep yang mengehadkan peranan pihak pemerintah bagi mengelakkan pelbagai krisis yang disaksikan dalam urus tadbir negara, kata Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

Eksekutif Kanannya Medecci Lineil berkata, pelaksanaan konsep ‘kerajaan terhad’ antaranya harus meliputi saiz dan bilangan perkhidmatan awam yang kecil dan cekap, dan peranan ke arah itu harus diperlihatkan oleh Pakatan Rakyat bagi mewujudkan perbezaan tulen.

Selain itu, katanya, perbelanjaan kerajaan bagi emolumen, subsidi korporat dan sosial harus dipotong bagi memastikan sumber-sumber ekonomi, buruh dan modal digunakan secara efisien,” kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini, yang mengulas ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk Debunking ETP: Widening Income Gap, Khamis lalu.

Malah katanya, cukai kenderaan import seharusnya dimansuhkan, cukai pendapatan individu dan syarikat dikurangkan dan sektor pendidikan dan ekonomi perlu diliberalisasikan. Tetapi semua ini tidak disentuh dengan serius oleh Pakatan Rakyat.

“Datuk Seri Anwar seharusnya mencontohi usaha yang pernah dilakukan oleh Jean Chretien sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Kanada pada 1990-an. Walaupun beliau memimpin parti berhaluan kiri tengah, beliau melakukan pembaharuan dasar fiskal dan pemotongan perbelanjaan awam secara bersungguh-sungguh demi kebaikan negara,” katanya.

Justeru kata beliau, sekiranya Pakatan Rakyat menunjukkan keikhlasan dalam mengehadkan fungsi kerajaan, maka barulah wujud perbezaan tulen antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional (BN).

“Hanya dengan itu Pakatan Rakyat akan menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Lineil,  Anwar dalam ucapannya telah menimbulkan beberapa perkara mendesak yang memerlukan perhatian segera.

“Ini termasuklah peningkatan kadar inflasi, pendapatan isi rumah yang semakin menghimpit, kebergantungan kerajaan terhadap Petronas,  peningkatan perbelanjaan kerajaan, dan ketirisan dalam pengurusan ekonomi negara,” katanya.

Katanya, semua cabaran ini tidak mungkin diselesaikan sekiranya kita tidak menekankan prinsip kerajaan terhad, pemotongan perbelanjaan kerajaan, pengutamaan sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi, dan peranan sistem harga.

“Banyak masalah kini membelenggu rakyat akibat daripada campur tangan kerajaan yang keterlaluan dalam pelbagai hal. Misalnya, kawalan harga barangan seringkali menimbulkan pelbagai krisis pengguna seperti kekurangan gula, kekurangan minyak masak, serta penyeludupan diesel dan beras. Kadar faedah yang terlalu rendah pula mengakibatkan ramai rakyat berhutang kad kredit sehingga menjadi muflis, dan juga krisis hutang isi rumah yang semakin membimbangkan. Ini adalah contoh betapa penolakan liberalisasi pasaran akan membawa kegagalan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.