Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG LA TU !

Asal berkait Pakatan Rakyat, baca sajak pun dilarang
Posted on Wednesday, December 14 @ 22:00:00 PST by paktam

 
Oleh RAYUSA
 
SETELAH berjaya menganjurkannya di taman KLCC pada 26 November lalu, Bersih di bahttp://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/demo_KLCC%201.jpgwah penyelarasnya, Wong Chin Huat mengadakan sekali lagi “perhimpunan tanpa permit polis” pada 3 Disember lalu bagi membantah Rang Undangundang (RUU) Perhimpunan Aman 2011. Ia menuntut RUU itu segera ditarik balik, dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos.


Para peserta seperti yang diminta telah membawa makanan untuk ‘perkelahan petang’ dan juga bendera, belon dan bunga, serta berpakaian kuning.
 
Bagaimanapun, acara kali kedua tersebut lebih menarik dengan pendeklamasian sajak oleh Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said.

Dalam program yang ikut diserikan kehadiran Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Teresa Kok (Siputeh), Charles Santiago (Klang), Teo Nie Ching (Serdang), dan Ronnie Liu (Exco Kerajaan Selangor), Pak Samad mendeklamasikan empat buah sajak, termasuk Unggun Bersih dan yang terbaharu, Merindu Ruang.

Beberapa peserta yang sebahagian besarnya remaja Melayu dan Cina turut mendeklamasikan sajak dari antologi Puisi Jadi Senjata.

Ada yang berpantun secara spontan. Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP turut memberi ucapan ringkas, dan menyatakan perhimpunan tersebut bukan perhimpunan politik.

Sebelum Pak Samad mendeklamasikan Unggun Bersih, Chin Huat menegaskan kepada peserta bahawa pada petang itu, Kerajaan Umno-BN ditentang dengan keindahan, dan kehalusan karya sastera, bukan dengan maki hamun.

Malangnya, suasana aman dan riang perhimpunan yang bermula pada kira-kira jam 2 petang itu tidak bertahan lama kerana diganggui pihak pengurusan taman KLCC. Program yang dijadualkan mengambil masa sejam itu hanya dapat berlangsung lebih kurang 30 minit sahaja.

Gangguan tersebut menaikkan kemarahan kira-kira 200 peserta yang hadir, ditambah pula dengan cuaca panas terik. Namun, sebenarnya sejak dari awal lagi, gangguan muncul apabila pengurusan taman KLCC seperti sengaja memasang air perenjis pokok berhampiran lokasi program. Bunyi bising jentera kerja membaik pulih taman juga sengaja dikuatkan.

Yang kelakarnya, nama perhimpunan tersebut sudah menyebut tanpa permit polis, jadi perlu apa lagi keizinan atau sebarang dokumen kebenaran? Sementelah, adakah permit akan diluluskan jika dipohon?

Perhimpunan itu diadakan di taman atau kawasan rekreasi yang membolehkan orang bersuka ria, berkelah, malah (yang kurang ajarnya), bercengkerama! Jadi, boleh disimpulkan, jika atas nama Bersih dan menentang Kerajaan Umno-BN, apa juga perhimpunan atau perarakan tidak akan dibenarkan. Seorang pegawai pengurusan taman KLCC berbangsa Melayu meminta semua peserta bersurai kerana perhimpunan dibuat tanpa kebenaran.

Mujurlah kemarahan peserta dapat diredakan oleh Chin Huat dan Pak Samad yang memberi penjelasan kepada pegawai tersebut tujuan perhimpunan ialah meraikan karya sastera dengan deklamasi sajak dan jual beli pantun, bukan demonstrasi yang “merosakkan” keindahan taman KLCC.

Tiada sehelai daun pokok pun yang gugur atau mana-mana kerusi taman dicabut! Untuk membuktikan perhimpunan tersebut berupa penghargaan terhadap sastera, Chin Huat meminta Pak Samad mendeklamasikan sajak sambil disaksikan pegawai tersebut sebelum bersurai, dan Pak Samad pulang. Semua yang hadir juga menyanyikan lagu “Negaraku”!

Sekali lagi, sebarang perhimpunan dan perarakan anjuran Pakatan Rakyat atau NGO yang menyebelahinya memang berlangsung dengan aman sebelum diganggu. Logik kalau gangguan itu kerana perhimpunan sudah menjadi huru-hara, dan kacau-bilau.

Tetapi, sebaliknya, gangguan yang menyebabkan kekacauan, dan kacau-bilau. Demonstrasi tidak boleh, berhimpun atau berarak tidak dibenarkan, malah hingga membaca sajak pun dilarang, apa lagi yang boleh bagi pihak pembangkang di negara ini?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.