AHLI-AHLI PARTI POLITIK SEKIRANYA MEREKA BERTELAGAH SESAMA SENDIRI ITU ADALAH PERKARA BIASA, MUNGKIN MEREKA MERASAKAN ADA KELEBIHAN YANG MEREKA BANGGAKAN NAMUN KEBANGGAAN ITU JANGAN SAMPAI MEROBEK DASAR PARTI DAN KUASA YANG ADA PADA PUCUK PIMPINAN PARTI, JIKA INI BERLAKU MAKA PARA PEMIMPIN KENA LIHAT DIMANA KELEMAHAN PERJALANAN PENGURUSAN KEMANUSIAAN DIDALAM PARTI TERSEBUT,
MENTARBIYAH KEAHLIAN YANG BERSIKAP EGO DENGAN KEPINTARAN DIRI SENDIRI SANGAT PERLU KERANA KADANGKALA KE EGOAAN SENDIRI AKAN MEMUSNAHKAN JAMA'AH DAN DASAR PARTI YANG BERAKHIR DENGAN PERPECAHAN SESAMA SENDIRI DAN SORAK SORAI DARIPADA PARTI LAWAN YANG MUNGKIN MENGAKIBATKAN RAKYAT TURUT TERPENGARUH DENGANNYA AKAN MENINGGALKAN SOKONGAN KEPADA JAMA'AH
Melihat perbalahan dalaman parti
Oleh Abu Firdaus
Perbalahan dalaman di mana-mana organisasi, apatah lagi kalau pertubuhan politik, ia adalah suatu perkara lumrah dan boleh dijangka. Ia juga akan berlaku pada masa-masa depan.
Manusia mempunyai fikiran sendiri yang pelbagai, serta emosi masing-masing yang pastinya mencorakkan gaya politik.
PERBALAHAN antara beberapa tokoh dalam DAP semasa konvensyen mereka, baik di Johor Baharu mahupun Pulau Pinang wajar dilihat dari sudut politik masa depan.
Bukanlah bermakna bahawa dahulu DAP tidak mengalami perbalahan dalaman, atau parti-parti lain tidak melalui pengalaman seumpama itu.
Perbalahan dalaman di mana-mana organisasi, apatah lagi kalau pertubuhan politik, ia adalah suatu perkara lumrah dan boleh dijangka. Ia juga akan berlaku pada masa-masa depan. Manusia mempunyai fikiran sendiri yang pelbagai, serta emosi masing-masing yang pastinya mencorakkan gaya politik.
Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam DAP. Cumanya rakyat wajar faham dan membiasakan diri dengan keadaan ini pada masa akan datang kerana DAP akan menjadi parti penting pada masa-masa depan.
Semua parti mempunyai budaya berbeza, yang dilanjutkan pula dengan hakikat bahawa setiap bangsa dan kaum juga mempunyai perawakan masing-masing.
Keadaan ini juga berlaku dalam PAS. Selain daripada parti ini mempunyai budaya tersendiri, tentunya ia juga diwarnai oleh perawakan bangsa Melayu itu sendiri.
Maka dalam DAP, tentunya perawakan dan budaya kaum Cina dan India mempunyai perawakan tersendiri yang masing-masing wajar difahami oleh PAS dan KeADILan.
Bagi anggota-anggota Pakatan Rakyat, sebarang pergolakan dalaman manamana parti komponen pasti membimbangkan kerana kesannya terhadap seluruh ahli parti.
Bagi para penyokong Pakatan Rakyat, perbalahan dalaman dibimbangi membuatkan rakyat memandang serong terhadap gabungan parti itu adalah suatu yang mengecewakan.
Semua ahli politik adalah manusia, baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Begitu juga DAP, KeADILan dan PAS; tidak ada bezanya.
Namun para penyokong Pakatan Rakyat tentulah memandang tinggi terhadap parti-parti komponen gabungan itu, sebab itulah dokongan diberikan.
Bagi orang PAS pula, tentulah mereka menganggap parti sendiri sebagai terbaik di kalangan anggota yang lain.
Tetapi anggapan ini diasaskan pada pegangan Islam yang diperjuangkan PAS. Bagi pendokong PAS, tidak ada yang lebih mulia daripada Islam.
Sementara bagi pendokong DAP pula tentulah lain pula. DAP dianggap terbaik kerana fahaman demokratiknya. Begitu juga bagi KeADILan. Perjuangan berasaskan keadilan rakyat yang dirintis oleh Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia membuatkan parti mereka terbaik.
Tetapi bagaimana pula pendokong-pendokong sesebuah parti itu melihat sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat? Umpamanya, bagaimanakah yang dipandang oleh penyokong PAS terhadap DAP dan KeADILan?
Tentulah orang PAS tidak memandang DAP dan KeADILan secara tinggi berbanding parti sendiri.
Tetapi secara umumnya orang PAS akan pandang DAP dan KeADILan sebagai lebih baik daripada parti-parti Barisan Nasional.
0 orang berkata:
Post a Comment