Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Timun dengan deghoyan ! golek kena tak golekpun kena !

Mahkamah tolak kes Mat Sabu saman Utusan

December 06, 2011
KUALA LUMPUR, 6 DisMahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke Utusan Malaysia berhubung artikel mengenai isu peristiwa Bukit Kepong dan komunis Ogos lalu.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk John Louis O’Hara hari ini dilaporkan membenarkan bantahan awal dibawa Utusan Malaysia atas alasan saman itu adalah sesuatu yang remeh selain penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohamad (gambar) yang turut dikenali sebagai Mat Sabu turut diarah membayar kos RM5,000 kepada defendan.

Mohamad menyaman akhbar milik Umno itu berhubung satu artikel siaran 27 Ogos lalu, yang disifatkannya sebagai fitnah.

Beliau juga mengemukakan saman itu berhubung dua lagi artikel yang disiarkan pada keesokan hari.

Menurut laporan media sebelum ini, Mohamad mendakwa artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Mat Indera.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.