Bila pula Terengganu mahu laksana hudud, soal Hadi
December 06, 2011
KUALA TERENGGANU, 6 Dis ― Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua hari ini agak tegang semasa wakil kerajaan Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit) menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang).
Hadi (gambar) ingin tahu bila kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan enakmen kesalahan jenayah syariah, hudud kisas yang diwartakan pada 2002, oleh kerajaan Terengganu.
Khazan berkata sehingga ini kerajaan tidak mampu untuk menjanjikan bila tarikh tepat enakmen itu dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun kata Khazan, kerajaan pasti melaksanakan enakmen itu apabila semua prasarana, kemudahan-kemudahan, persiapan, teknikal sudah sempurna, dan apabila para ulama berpendapat bahawa pelaksanaannya sesuai dan mampu mencapai syariah daripada perlaksanaannya.
Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) bangun mencelah kerana tidak puas hati dengan jawapan Khazan, namun ia tidak dibenarkan Speaker, dan ketegangan bermula.
Wakil Bukit Payong itu tidak mengendahkan arahan Speaker supaya duduk sehinggalah Speaker menasihatkan anggota dewan supaya jangan menunjukkan perangai yang tidak sepatutnya.
Menurut laporan Bernama Online, sebelum itu penyokong kerajaan Rosol Wahid mencelah dengan menyatakan isu hudud timbul kembali setelah hampir pilihan raya.
Katanya, semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 Presiden PAS sendiri Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada 6 Mac 2000 menyatakan keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.
Sementara itu Khazan, berkata kerajaan Terengganu sedang berusaha ke arah itu di mana 32 orang hakim Mahkamah Syariah akan dihantar berkursus di Institut Kehakiman Mahkamah Syariah di Riyadh tahun lepas.
Katanya tahun ini kerajaan negeri akan menghantar lagi hakim-hakim itu untuk berkursus, dan ini adalah antara usaha-usaha ke arah pelaksanaan hudud di Terengganu.

0 orang berkata:
Post a Comment