DASAR UMNO SENDIRI JAUH KEPADA ISLAM, TETIBA CALON UMNO YANG BOLEH MENANG PERLU ADA SIFAT SAHABAT, LAGI MELALUT
Umno: Calon boleh menang perlu ada sifat Saidina Uthman Bin Affan
December 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Calon boleh menang Umno perlu mempunyai sifat seperti Khalifah Islam Saidina Uthman bin Affan yang tidak meminta-minta untuk diberikan jawatan.
Wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin berkata antara kriteria calon boleh menang daripada pandangan Islam adalah orang yang tidak meminta-minta, tidak melobi atau membeli jawatan.
Sebaliknya seseorang calon itu perlu tahu menginsafi diri, sedar akan tanggungjawab yang digalas, amanah, jujur, sanggup berkorban dan ada sifat kasih sayang, katanya ketika membentangkan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpuan Agung Umno 2011, lapor Bernama Online.
“Contohilah Saidina Uthman bin Affan yang tidak meminta untuk diberikan jawatan Khalifah, sebaliknya diberi tanggungjawab atas amanah dan kepercayaan untuk memimpin umat Islam pada zaman itu,” katanya.
Beliau juga berkata perjuangan Umno perlu dilihat menepati kriteria perjuangan golongan beriman yang digariskan oleh Imam Shafie, kerana telah berusaha memerdekakan negara Islam yang pernah dijajah.
“Imam Shafie pernah berkata, sebuah negara Islam walaupun dijajah, tidak hilang Islam di negara itu. Maka penduduknya wajib memerdekakan semula negara itu.
“Dengan kata-kata ini, jelas Malaysia merupakan sebuah negara Islam walaupun pernah dijajah selama 446 tahun sebelum merdeka kerana perjuangan Umno pada 1957,” katanya.
Mohd Kamal berkata bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara Islam, pemimpin yang ada terutamanya daripada kalangan pemimpin Umno perlu mengambil kira konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kenapa Umno dan Barisan Nasional menang dan mampu memerintah negara untuk tempoh yang lama? Kerana kita amalkan wasatiyyah. Kita tak melampau, angkuh dan sombong,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment