Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG TERBAIK BIARLAH PARTI YANG BERUSHA BUKA INDIVIDU !

JIKA HASSAN ALI ITU TAK BETUL ERTINYA DIA BUAT SALAH, MENGAPA TAK PERBETULKAN ? DASAR PAS ADALAH ISLAM, MENGAPA BERIA-IA BENAR HENDAK PENYATUAN MELAYU ? JIKA HASSAN ALI BERJAYA NANTI APA DASARNYA ?
 
Kenapa Hassan Ali perlu ditekan sehingga dia masuk UMNO?
Posted on Monday, December 12 @ 20:58:42 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

  Oleh Hassan Omar

Saya tak rasa isu Dr Hassan Ali ini boleh selesai dalam masa yang singkat dan pasti banyak lagi luka-luka lama yang hampir sembuh dicalar semula oleh mereka yang memang berkendakkan perkara ini terjadi.

Saya juga tak nampak hadis riwayat Bukhari "Engkau lihat orang-orang mukmin dalam hubungan kemesraan dan kasih sayang mereka adalah seperti jasad yang satu. Apabila ada salah sastu anggota itu sakit, maka seluruh annggota mengadu berjaga malam dan demam" ada dalam politik PAS terutama PAS Selangor.   

Islam ini cara hidup, makan pun ada caranya, apatah lagi berpolitik. Tapi kalau berpolitik dengan cara yang cukup jijik sesama mukmin hati mukmin ini hancur. Jangan sampai rintihan kalbu saya akan terdetik "Biar PAS Kalah di Selangor" Rintihan hati itu adalah doa kita terhadap Pencipta kita.

Pengalaman kita di Terengganu sepatut menjadi pengajaran. Kita menjadi rakus dan sombong bila kita ada sedikit kekuasaan.

Saya tak kata Dr Hassan Ali itu betul. Tapi cara dibuat kepada Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah cara tidak bermaruah.

Sedangkan kita tahu apa sebenarnya berlaku dalam 3 hari selepas kemenangan pada PRU-12 yang lalu. Hanya perbezaan pendapat dalam kita mencapai matlamat menawan Purajaya.

Dr Hassan Ali, Ustaz Nasa, hatta Presiden dan Timbalan Muryidur Am sendiri mempunyai pendapat yang sama. Saya boleh senarai lebih ramai lagi pimpinan utama PAS yang berpendapat demikian.

Kenapa perlu serang Dr Hassan dan Ustaz Nasa? Himpit mereka sehingga mereka masuk UMNO. Kemudian anda semua boleh bertepuk tangan "Aku dah kata mereka memang talibarut UMNO"

Anda semua boleh berseronok di hadapan Allah itu kehebatan anda sesama mukmin.

Jangn buat politik kotor, jangan guna blogger menyerang dan jangan mengatur politik jijik menjatuh sesama rakan. Orang boleh buat seperti kamu buat tapi orang lain tidak rakus dengan hawa nafsu. Kadang kala Islam menjadi topengan sahaja sedangkan hati kita busuk dengan hasad dengki dan dendam!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.