Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT PAHANG JADI TIKUS MAKMAL ?

Fuziah: AELB, Lynas akan jadikan penduduk Kuantan sebagai ‘tikus makmal’

February 02, 2012
KUALA LUMPUR, 2 Feb — Fuziah 

Salleh hari ini mendakwa, persetujuan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) terhadap kontroversi Lynas Corporation, berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan bakal menjadikan penduduk Kuantan sebagai “tikus makmal”.

Ahli Parlimen Kuantan itu menjelaskan, adalah tidak munasabah AELB memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) bagi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut.

Jelas beliau (gambar), perkara itu tentu sekali boleh di tangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toksik dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab.

“Keputusan ini tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti ‘tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini.

“Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali,” tegasnya.

AELB semalam mendedahkan, mereka telah memberikan TOL dengan nilai RM2.5 billion kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, yang terletak dalam lingkungan 25km daripada Kuantan.

Keputusan tersebut akan membolehkan Lynas beroperasi, dan dikhuatiri akan mencemarkan kawasan sekitar dengan radiasi terutamanya kepada penduduk tempatan.

Pengarah AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adnan bagaimanapun menjelaskan, syarikat Australia itu dikenhendaki memenuhi beberapa syarat atau risiko TOL mereka digantung atau ditarik balik, dan pihaknya akan membuat pemantauan terhadap syarikat tersebut dalam tempoh dua tahun.

Tambah beliau, kilang dan lokasi untuk PDF harus dibentangkan oleh Lynas selepas tempoh 10 tahun, dan pelombong berkenaan dikehendaki membayar seumlah USD50 juta (RM152 juta) sebagai jaminan kepada kerajaan.

Fuziah turut mendesak kerajaan menangguhkan TOL tersebut sehingga PDF tersebut diselesaikan Lynas.

“Kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen  tidak boleh dikeluarkan


kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif di sediakan dalam bentuk PDF,” tegasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan yang baik juga akan memastikan setiap dakwaan yang dilaporkan akan di kajian dengan teliti berdasarkan kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan keatas prosedur semata-mata.

Lynas menjelaskan, operasi mereka boleh dimulakan dalam masa enam minggu selepas mendapat kebenaran, dan akan menghasilkan nadir bumi yang diperlukan dalam pembuatan produk berteknologi tinggi seperti turbin angin, kereta hybrid, dan telefon pintar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.