Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kita hidup didunia juga sementara

Sabtu, 18 Februari 2012

Panas Beb..Hubungan PAS-DAP Hanya Sementara - Utz Zaharuddin

Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi sangat penting kepada kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu

‘Ketegangan’ PAS dengan DAP sering berlaku kerana masing-masing mahu mempertahankan agenda politik sendiri, kata pensyarah universiti tempatan.

Penyarah kanan UUM, Dr Zaharuddin Othman (gambar) berkata, PAS dan DAP adalah pakatan sementara yang tidak dibina dengan asas yang kukuh.

“Beginilah jadinya, lepas pilihan raya akan buat hal masing-masing,” ujar beliau.

Katanya, manakala peranan Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi sangat penting kepada kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Bagaimananapun, pensyarah itu menegaskan kedua-dua pemimpin veteran itu `bukan semua untung, bukan semua rugi’.

“Karpal penting kepada DAP untuk mengekalkan penyokongnya, manakala Nik Aziz penting bagi PAS untuk memastikan sokongan orang Melayu.

“Orang mengundi DAP kerana Karpal, orang mengundi PAS kerana Nik Aziz. Karpal seolah-olah DAP, Nik Aziz seolah-olah PAS.

“Kebergantungan kedua-dua parti pembangkang kepada pemimpin sangat tinggi. Akibatnya kedua-dua NIk Aziz dan Karpal Singh ada kala membantu, ada ketika menjadi liabiliti,” kata Dr Zaharuddin lagi.

Akan jadi liabiliti

Beliau mengulas tuduh menuduh antara PAS dan DAP yang berlaku dalam isu hari kekasih sekarang.

Karpal menegur PAS yang menentang hari kekasih tetapi parti Islam itu membalas supaya pemimpin veteran itu menghormati pendirian PAS.

“Kalau memegang kepada prinsip parti, PAS dan DAP akan menjadi liabiliti,” kata Dr Zaharuddin.

Menurut beliau, sama ada suka atau tidak, kedua-dua pemimpin itu masih berada dalam parti masing-masing.

Katanya, orang akan memberi perhatian apa pemimpin lama seperti Karpal dan Nik Aziz bercakap berbanding pemimpin muda dalam parti.

Beliau menambah, perkara ini turut berlaku dalam Umno komponen penting BN.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.